Tuesday, January 29, 2013

KEINDAHAN KESENIAN ISLAM 23 NEGARA


 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau ( wahai Muhamad) dengan kebenaran
( serta menjadi) pembawa khabar gembira ( kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).Dan ( setelah engkau sampaikan semuanya ini) engkau tidak akan diminta ( bertanggungjawab) tentang ahli neraka.'
(maksud ayat 119 surah Al Baqarah)
Jika ingin menyaksikan keindahan kesenian di 23 negara islam, silalah ke Taman Tamadun Islam, Terengganu.
Ia menjanjikan satu pengalaman unik dengan mengimbau kembali ke zaman silam .
Satu siri tamadun yang hebat yang disatukan oleh satu kepercayaan.

Gambar - Pintu Gerbang Masuk Ke Taman Tamadun Islam.
Bangunan kaunter tiket.
Masuk  RM 20.Setiap orang diberi paspot masuk.
Siap cop lagi.
Sungguh selesa dengan Buggy. ...
Mula-mula cadang nak jalan kaki. ....hehe
Buggy manual RM 25.00
Buggy enjin RM 60.00.
Jom bersiap menjelajah!

Semua monumen seperti keadaan sebenar kecuali saiz!
Pemandangan pertama- tempat permainan kanak-kanak.
Xian Mosque, Cina.
Di dirikan pada tahun 1392 M oleh Laksamana Cheng Ho.pada zaman Dinasti Tang.
Rupa bentuk seperti kuil Buddha tetapi kedudukannya mengadap kiblat.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei.
Di bina 1958 , akitek dari Itali.
Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

Masjid Negara, Malaysia.
Diibina 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap PM pertama.
Bumbung utama merupakan lambang payung Diraja yang terbuka sementara menaranya pula adalah payung tertutup.








KUDUS MINAR.
Dibina 1549 oleh Sunan Kudus( Jaafar Shadiq)
Reka bentuk bercirikan Hindu dan Jawa.
Menaranya seperti candi.

Masjid Sultan, Singapura. 1928.
Kg. Glam .

Great Mosque, Samara, Iraq.
Dibina semasa pemerintahan Khalifah Al Mutawaqqil pada abad ke 9.
Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia.
Keunikkan Masjid ini ialah menara berpusing.

Ini ialah makan Abu Nasr Parsa, Afganistan.
Dibina abad ke 17 dalam gaya Timurid.
Makan dengan tiang berpusing.

Pasu di bawah tiang.
SHEIKH LUTFALLAH MOSQUE, IRAN.
Dibina pada abad 17 oleh Sheikh Lutfallah, seorang cendekiawan dan tokoh agama.
Satu contoh terbaik dalam seni bina islam. Dulu digunakan sebagai masjid raja.









Ya Allah saya lupalah...
KUL SHARIF MOSQUE, RUSIA.
Ia pernah di biarkan musnah tetapi selepas kejatuhan Soviet, ia dibangunkan semula.Reka bentuk  mengimbas kembali zaman kremlin.




KALYAN MINARET, USBEKISTAN.
Ia contoh rekaan seni bina  dan gabungan kejuruteraan awan yang sempurna
Diperbuat daripada bata yang dibakar.
Dibina pada 1127 oleh Arslan Khan.

GREAT MOSQUE OF QAIRAWAN, TUNISIA.
Dibina 670M. oleh Uqba ibn Nafi. Monumen paling tua di Tunisia.
Setelah dibina semula sebanyak 3 kali, ia merupakan lambang kesamarataan di Qairawan.



ALEPPO, CITADEL, SYRIA
Dianggarkan dibina pada 10 SM. di atas sebuah bukit.
Ia menjadi bukti kecanggihan teknologi umat islam di masa itu.
Penat ke?


Alhamdulillah.
Insya-Allah kita susuri lagi....


4 comments:

Dr Singa said...

cantik kannn!!
saya dah sampai..

kami naik buggy enjin tu!!
panassss nak jalan .. ramai-ramai lak tu!!

hehehheee..
geramkan lakau lens hood masuk frame!
saya selalu kena!

afeezz said...

assalamualaikum mama

pernah smpi sini tp masa tu dah malam, so dia pon tutup. singgah masjid kristal jer pas tuh

Unknown said...

bestnya mama ju..=)

Kakzakie Purvit said...

Bestnya.. kakak pergi tak sempat singgah sebab hujan dah mencurah.

Nampak macam betul-betul masjid yg asal.