Thursday, January 17, 2013

KAPAL SELAM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kami ke Pantai Klebang, Melaka. Ambil peluang nak tengok Kapal Selam. Mana, mana?
Dah sampai pantai pun tak nampak.... tiba-tiba nun di sebelah sana, nampak kepala kapal....
Jalan nak masuk ke sana macam tak ada...ikut ajalah kereta yang ke arah sana- jalan macam di gurun  berbongol-bongol ....
Dah sampai....tak ada tulis apa-apa .Kawasan tu terkurung dengan pagar-pagar zink.( mereka nak buat pembinaan lagi ...)
Jalan sikit jumpa tempat tiket. Bayar RM 1- ada pintu masuk kat celah tu...

Ia dipanggil Muzium. Menurut En Penjaga Tiket, tak lama lagi pengunjung boleh masuk melawat ke dalam kapal.
Muzium ini dikatakan berharga RM 12.6 juta.
( Belum siap sepenuhnyalah tu- sekarang cuma ada tempat menonton TV, papan penerangan, beberapa pasu, tangga naik kapal dan kerusi.)
Bacalah apa yang ditulis.
Tidak ada pekerja.
Ada tangga untuk naik tengok bahagain belakang dan depan.
Di tangga depan tu ada pelawat...siapa lagi...Nabil dan ayahnya.

Di atas tangga.
Ada patung pelayar.
Tak boleh masuk!
Hanya ada 3 kerusi lawa..... 



Duduk baca-baca dan berangan sendiri. Panas ...
Dah puas, kami pun menuju destinasi lain. 

Tanda kenangan di pokok yang ditanam oleh Ketua Menteri.

Alhamdulillah.


INGAT ALLAH.
INGAT RASULULLAH.















1 comment:

Daddy Ziyyad said...

Salam MamaJu...

Oooo..tak boleh masuk lagi rupa rupanya...Saya pernah masuk ke dlm kapal selam masa di australia dulu..mmg sempit dlm nya! Tak terbayang macam mana kelasi kapal selam hidup dlm tu..:)