Friday, January 4, 2013

21 SAFAR- KE BOTANI, PUTRAJAYA, TAK BERBASIKAL PUN...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Dan ( ingatlah) kepada Tuhanmu berfirman kepada Malaikat :"Sesungguhnya Aku hendak  menjadikan seorang Khalifah di bumi"..
 ( maksud ayat 30 surah Al Baqarah)
.Dan Ia mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya...
( maksud ayat 31 surah Al Baqarah)
Dan ( ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Malaikat :" Tunduklah dan beri hormat kepada Nabi Adam" Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis, ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(maksud ayat 34 surah Al Baqarah)
Wajah baru MUKA PUTRAJAYA!
Penuh bunga.
Istana hinggap dari sudut pandang Taman Botani.
Saya dapati rama-rama ini berlegar-legar mengeliling kami, saya pun kata " Marilah sini bergambar....Alhamdulillah sekonyong-konyong rama-rama posing atas batu!

Berapalah usia pokok bunga tu, tenguk batangnya....subhanallah!


Bunga daripada satu dahan.

Kulat/ cendawan.

Seronoknya duduk-duduk di sini.

Okid.

Popcorn Bush.

Teratak ni nampak dah usang dan agak terbiar.

Rama-rama.



Pertama kali saya naik tangga ni.



Bunga Raya.
Pokok cengal.

Duduk baca-baca, sambil mengelamun dan tenguk ikan....

Ulfah mengulang baca buku Harry Potter- 1 hari 1 buku? heem...tabik!

Keseluruhan wajah Taman Botani.
Beredar mencari sesuap makanan.... hehe tutup.

Apa lagi, pekenalah nasi ayam di Taman Warisan.
Alhamdulillah.

'Dan Kami berfirman "Wahai Adam, tinggallah  engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini ( jika kamu menghampirinya ) maka akan menjadilah kamu orang-orang yang zalim'
' Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua itu dari Syurga dan menyebabkan mereka berdua dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman" Turunlah kamu!
Sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi serta mendapat kesenangan  hinga ke satu masa ( mati)

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kaliamh (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya) lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah , Dialah yang Maha Pengampun ( Penerima Taubat) lagi Maha Pengasihani.
' ...Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku ( melaui Rasul-rasul dan kitab-kitab yang diturunkan kepada meraka) maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu  iu nescaya tidak ada kebimbangan ( dari ) sesuatu yang tidak baik) terhadap meraka dan mereka pula tidak akan berdukacita.'

(Maksud ayat 34- 38 surah Al Baqarah)

-
Ingat Allah, ingat Rasulullah.- insyaa- Allah.





6 comments:

Dr Singa said...

Ni pagi eh?
macam tak panas je...

popcorn bush tu cantik!!

azieazah said...

Suatu hari saya harus juga pergi ke taman Putrajaya nih!

Kakzakie Purvit said...

Rama-rama tu faham cakap kak ju hihi...

Kakak percaya Ulfa baca satu buku sehari sebab kakak pun ada anak dara kalau baca novel boleh habis sehari sebab kemana pergi sentiasa di usung.

makcikkantin said...

makcik pernah ketaman botani ni....lamaaaa dah....masa lawat kawan kat P11...

nampak cantik dah sekarang

Dr K said...

Salam Jumaat MamaJu...

Wah..ke sini lagi ya...saya jugak yg belum berkesempatan ke sini..hihih..

Best la Ulfah study HP atas batu mengadap pejabat PM...hihihih

che mid said...

Beberapa kali ke Putra Jaya tapi tak pernah singgah ke Taman Botani tu..