Tuesday, November 13, 2012

LAMANKU



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami TULISKAN SEGALA YANG MEREKA KERJAKAN serta KESAN PERKATAAN DAN PERBUATAN yang mereka tinggalkan. Dan ( ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catatkan satu persatu dalam Kitab ( Ibu Suratan) yang jelas nyata.'
(Terjemahan ayat 12 surah Yassin)
Sebenarnya saya nak kira pokok-pokok tanaman  suami.

Tak sangka ada 30 pokok buah dan sayur!
Pokok pisang masih lagi dalam pasu kecil! Ada lima batang pokok pisang.
Buah, delima, buah markisa, salak, bunga kantan, daun kari, daun bawang, pucuk manis,
tujuh jarum, teh Afrika, kunyit, keladi, cili
Ciku, jambu batu, pinang, durian belanda, nenas, mangga,

Limau purut, limau manis, limau nipis.
Limau ni dulu berbuah dalam 50 biji, sekarang 5, 6 biji saja...

Kedondong,  kangkung, kaduk, daun pandan, daun ubi kayu, anggur, kelapa.

Ada pokok yang sentiasa berbuah, ada yang hidup segan......tapi semuanya menjadi semacam terapi buat  kami.



Buah longan yang sentiasa berbuah...
Alhamdulillah.


Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jom berselawat banyak-banyak.

Jangan lupa Rabu 14/11/12 membaca doa akhir tahun sebelum maghrib dan doa awal tahun selepas sembahyang maghrib.
Moga kita semua diberkati  dan dalam rahmat Allah sentiasa. Amin.

10 comments:

azieazah said...

Bestnyaaaa.. Banyak pokok! Saya suka perkataan terapi tu.
Tak rugi berbudi pada tanah, hasilnya menakjubkan!

Selamat menyambut Maal Hijrah, Mama Ju.

KAMATO said...

Seronoknya tenguk pokok keliling rumah

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah..rezeki. Salam Maal Hijrah Kak.

makcikkantin said...

Salam maal hijrah, terima kasih kerana mengingati....

Kakzakie said...

Kalau rumah kakak banyak tanah tak mustahil kakak buat macam tu. Sebab seronok bertanam (kakak kan org kampung dah biasa main tanah) cuma rumah yg ada tanahnya secoet aje.

Selamat menyambut maal hijrah kak ju.

Daddy Ziyyad said...

Salam Maal Hijrah MamaJu..

Wah, boleh survive ya pokok pisang tu dalam pasu..hihihih

Hjh Noralenna Abbas said...

Seronok ye kalau ada pokok buah , ada yang menjaga dan ada pula orang yang makannya. Selamat menyambut Maal Hijrah, ju.

MulutPayau said...

Wahhh..bnyaknya pokok, semuanya berbuah pulak tu...

Salam Maal Hijrah utk mama ju..

Mak Wan said...


Salam Maal Hijrah Mamaju...semoga mendapat keampunan Allah Jannndawaala

afeezz said...

assalamualaikum mama

mesti best lepak umah mama kan... hehehe