Friday, October 19, 2012

ZULKAEDAH 3- MEKAH DIPERINTAH OLEH KETURUNAN NABI ISMAIL./ MENCARI TELAGA ZAM-ZAM YANG HILANG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Anak pinak 'Adnan semakin ramai, mereka berpecah ke merata tempat di seluruh negara Arab. Daripada anak cucu Kinanah, maka keturunan Quraish menetap di Mekah dan kawasan pingirannya. Kehidupan mereka berpecah-pecah tanpa satu kesatuan sehinggalah muncul  Qusay bin Kilab yang berusaha menyatupadukan mereka menjadikan mereka mendapat kedudukan yang mulia dan terhormat.

Suatu ketika sebelum itu, Mekah diperintah oleh Suku Jurhum selepas mereka berkongsi telaga zam-zam dengan Hajar/nabi Ismail. Nabi Ismail juga berkahwin dengan suku Jurhum. Period semasa Nabi Ismail hidup di anggarkan dalam jarak masa 20 kurun sebelum Masihi.
Suku Jurhum terus memerintah Mekah sehinggalah suku Khuzaah merampas Mekah. Jurhum dihalau. Ketika Jurhum hendak meninggalkan Mekah, mereka menimbus telaga zam-zam dan menghilangkan kedudukan tempatnya. Ibn Ishaq berkata 'Amru Al Harith bin Mudad Al Jurhumiy keluar dua pemidang kaabah  dan batu penjuru al Aswad lalu ditanam di telaga zam-zam. Mereka beredar ke Yaman. Suku Khuzaah dipimpin oleh Amru bin Luay.(Beliaulah yang pertama membawa masuk berhala ke Kaabah).

Keturunan nabi Ismail ada yang masih tinggal di Mekah tetapi tidak ada kuasa.
Suku Khuzaah memerintah selama 500 tahun sehinggalah datang Qusay bin Kilab.
Qusay adalah daripada keturunan nabi Ismail. Antara zuriat Nbai Ismail ialah Fihr dan Fihr ini digelar Quraisy.

Qusay adalah seorang bangsawan Mekah yang kaya. Akhirnya beliau dapat mengahwini anak ketua Mekah/ ketua suku Khuzaah- Hulail. Selepas Hulail meninggal, Qusay ingin mengembalikan Mekah kepada keturunan Nabi Ismail.. Maka beliau pun mengistiharkan dirinya menjadi Ketua Mekah.(pertelagahan berlaku tetapi mereka menang.)pada pertengahan abad kelima Masihi tahun 440M.
Qusay membina Darul Nadwah, ia menjadi pusat pemerintahan Mekah.

Selepas kematian Qusay, semua kemulian Quraisy diwariskan kepada anak sulungnya Abdul Dar.Kemudian kepada anak-anak Qusay yang lain dan anak-anak Abdul Dar sehinggalah sampai kepada Abdul Mutalib (datuk Nabi Muhamad saw) .
-
Nama sebenar Datuk Nabi Muhamad saw ialah Syaibah. Nama gelarannya bermaksud hamba Mutalib.(Mutalib bapa saudara Syaibah).
Selepas berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Harith.
beliau bermimpi- ada orang menyeru Abdul Mutalib menyuruhnya mengali al Tibah.Malam kedua beliau bermimpi lagi, menyuruh beliau menggali Barrah. Malam ketiga, beliau bermimpi supaya Gali Madhmunah. Malam keempat bermimpi, galilah Zam-zam. Ia tidak akan kering selama-lamanya dan tidak akan berkurang, ia akan memberi minum kepada para jemaah haji, ia berada diantara perut dan darah, di sisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, di rumah kampung semut.
Yakinlah Abdul Mutalib, beliau diperintah supaya menggali telaga Zam-zam. Zam-zam memang tidak asing bagi masyarakat Mekah, tetapi mereka tidak tahu di mana terkambusnya telaga itu.( Abdul Mutalib ketua Mekah )

Dengan izin Allah, satu rombongan Arab datang menyembelih lembu berhampiran berhala, dilapah dan dikeluarkan perut di situ. Beliau juga menemui kawasan semut di situ, kemudian datang pula gagak mematuk-matuk ke tanah di kawasan semut tadi. Tahulah Abdul Mutalib itulah kawasan yang diisyaratkan dalam mimpi.
Beliau terus menggali dan menemui telaga zam-zam.

Abdul Mutalib mempunyai 10 anak lelaki- Abbas, Hamzah, Abu Talib,Abu Lahab, Abdullah Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harith. 6 anak perempuan- Sofiyah, Ummu Hakim, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.

Rujuk-
-Biografi Muhamad bin Abdullah -Prof Madya Dr Zulkifli Yusof PTS
-Sirah Nabawiyyah - Yayasan Dakwah Islamiah Msia.



2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak macam tak puas baca alih-alih dah habis hihi...

Rumah kakak sentiasa ada stok air zam-zam.

razijohari said...

.....jazakallah.... maha luas ilmu Allah!