Wednesday, October 3, 2012

ZULKAEDAH 17- BERTENTANG MATA DGN SHEIKH DR YUSOFF AL QARDAWI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan Kami jadikan ( sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada di hadapan mereka dan sekatan ( yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka( pada hari kiamat) Lalu kami tutup pandangan mereka, maka dengan itu mereka tidak dapat melhat (jalan yang benar)'
(terjemahan ayat 9 surah Yaasin Juzuk 22)


Bertuahnya dia...Beliau ialah Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman.
Daripada google. Bersama Sheikh Dr Yusuf Al Qardawi.


Pengambilan ilmu melalui catatan keilmuannya di buku-buku belum dapat memenuhi hasrat hati yang ingin sangat bertemu Syeikh Dr Yusuf Al Qardawi. Ketika di Jordan termakbul doa apabila dapat bertemu di satu persidangan  di Amman. Ustaz dapat berdiskusi ilmu dan menadah nasihat di bilik penginapan Sheikh. Selepas itu Ustaz bertemu lagi di kuliah Syeikh ketika di Mesir.

Peluang datang lagi, selepas menamatkan thesis Ph D, Feb 2011 Allah mengizinkan beliau hadir terpilih menyertai 'Pertemuan Syeikh  Bersama Murid dan Sahabat' di Qatar.
Ramai ulama hebat hadir di majlis ini. Beliau satu-satunya yang hadir dari Malaysia.
Pengajian intensif ini memberikan fokus kepada pengajian fiqh dan manhaj Syeikh Qardawi di dalam fatwa beliau. Ia bermula dengan manhaj Fiqh al Taysir, Fiqh al Ibadah, Fiqh al muamalat, Fiqh keluarga dan diskusi Fiqh al Jihad. Ustaz sempat bertanyakan  dua soalan kepada Sheikh, antaranya " Apa pandangan Syeikh berkenaan seorang yang bermimpi Rasulullah saw?". Ada yang bertanyakan bagaimana pengalaman beliau di penjara.dll.
Program malam dibuat di rumah Sheikh.( Rumah beliau adalah hadiah dari kerajaan Qatar).

Akhirnya Ustaz  Zaharuddin diberikan ijazah dan amanah untuk membawa Fiqh Wasatiy kepada dunia daripada Syeikh al Qardawi dengan sanad yang bersambung kepada guru-guru beliau sehingga ke Rasulullah saw.

(sumber- Diari Musafir- Jangan Berhenti Berlari- Galeri Ilmu RM 35.00)

Berbahagialah Ustaz...

Kalau tidak silap saya, Ustaz ada menulis 15 buku antaranya:




  1. Formula Solat Sempurna - Telaga Biru Sdn Bhd
  2. Wang, Anda & Islam - True Wealth Publishing
  3. Money, You & Islam - True Wealth Publishing
  4. Murabahah - True Wealth Publishing
  5. Panduan Perbankan Islam - Telaga Biru Sdn Bhd
  6. Untukmu Umat - Alaf 21
  7. Untukmu Wanita - Galeri Ilmu
  8. Diari Musafir- Galeri ilmu.


Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

Unknown said...

Terujakan.. :D

TiranaAduka said...

Assalamualaikum wbth mama ju....

Terima kasih kerana meninggalkan jejak mama ju di post TiranaAduka...mudah sikit saya nak jejak dan balas kunjungan mama ju...

By the way...saya TiranaAduka....
Komen mama ju sudah terjawab disini..

http://aku-saya-alam.blogspot.com/2012/08/tetamu-yang-mengejutkan.html

kaknor tmj said...

Assalammualaikum Ju,

Ustaz Zaharuddin amat kak kagumi kerana ketegasan dan sifat terus terangnya dlm berdakwah, memang menarik membaca 'Dairi Musafir'nya

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka cara pengolahan yg diberi oleh Ust Zaharudin ni. Kalau rajin dengar radio IKIM selalu jemput dia. Buku dia kakak belum ada satu pun - tapi dia salah sorang ust yg kakak minat.

win3 said...

saya suka baca karya ustadz yusuf qardhawi