Wednesday, October 24, 2012

ZULHIJJAH 9 - PUASA HARI ARAFAH/ MURAL DI TEPI SUNGAI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda saw. bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Didalam riwayat lain Nabi saw. bersabda
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya”
(Hadith riwayat Tirmidzi)


Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para Malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”


Menaiki cruise di Melaka. RM 10.00

Menikmati sungai Melaka. Kenapa airnya keroh?

Bangunan di siar kaki diperindahkan dengan mural.

Macam-macam .. Layan sahajalah...














Jom ke Melaka.

6 comments:

Marya Yusof said...

As salam mamaju,

Dulu lama dok melaka belajar tp tak pernah naik bot sg Melaka ni... selalu naik kereta je :)

Selamat berpuasa :)

sonata anak kancil said...

cantik ! baru siap mural tu -

azieazah said...

Bersejarah sungguh negeri Melaka. Kalu airnya tak keroh, dah jadi macam Venice dah.

afeezz said...

assalamualaikum mama

sy 2x dah naek melaka river cruise ni. siar kaki belakang bangunan tu mmg menarik, rasa kelainan kan

makchaq said...

Seronok kan tengok mural sepanjang sungai tu.. tapi makchaq rasa malam lagi cantik la..

tapi ada bau hanyir air sungai tu.. tu yang kurang best sikit..

Daddy Ziyyad said...

Salam Aidiladha buat mamaju sekeluarga...

Saya sedih tgk bagaimana kita jaga kebersihan sungai kita...keruh, berbau, banyak sampah...Malu dgn pelancong asing..