Sunday, October 28, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS DI INDAHPURA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
'Barang siapa yang mentaati rasul maka dia telah mentaati Allah' (surah an- nisa: 80)
'Tidak diutus kamu wahai Muhamad kecuali untuk keseluruhan manusia'(surah Saba : 28

 Indahpura  tempat terletaknya Johor Premiun Outlets . Ia dalam jajahan Kulaijaya.
Boleh ikut tol Senai Utara lebuhraya Plus.

Tempat ini mula dibuka pada 11 Disember, 2011 oleh PM kita.
Lebih 80 butik berjenama ada di sini. Dibuka setiap hari.
Setiap kedai menawarkan potongan sehingga 80 %/


Cantik sungguh rekaan bangunannya. Ada pokok ala-ala Arab.
Kami ke sini pada hari cuti, jadi memang sangat ramai!


Harga barang memang mahal. Tapi bila ada potongan harga tu...bolehlah....
Butik yang sangat digemari oleh anak-anak muda.
Siarkaki memang luas.



Saya rasa kaum wanita memang sangat teruja berada di sini.
Kami masuk banyak kedai. Butik Coach beratur nak masuk!
Saya dan emak ke Butik Versace melihat kasut dan beg tangan.
Harga? Heem RM 1,000 untuk selipar.
Beg tangan- daripada RM 8 ke RM 3 ribu....cuci mata!
Kebanyakkan jenama yang memang popular di Malaysia.
Amirah dan emak membeli beg di sini.
Carlo Rino- ni mestilah masuk...
Tenguk apa diaorang beli- kasut, beg, beg, beg!
Ha, kan dah dapat!



Alhamdulillah. Moga apa yang dibeli dipakai dan diguna.....

Jom ke Johor Premium Outlets.




8 comments:

Kakzakie said...

Allah hu Robbi... Kak Ju JPO tu belakang rumah kakak tau. Anak-anak buah kakak pun merayap ke sana sebelum balik KL/Melaka dan Muar tau..

Hjh Noralenna Abbas said...

Belum sampai sana lagi.

Anonymous said...

assalammualaikum mamaju

mamaju really have TIME and money

jealous nya

azlina wahidina said...

assalamualaikum kak Ju...
alhamdiilah shopping sakat..kalau terlebih pos kat sini satu beg..:)

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

saya belum sampai lagi kat sini...

Daddy Ziyyad said...

wahhh..bershopping sakan di JPO...saya baru sekali ke sana...

afeezz said...

wow mama.... berapa habis tuh? hehehe

makcikkantin said...

Mama ju pergi jpo ke? Makcik belom pernah sampai lagi....best tak?