Friday, September 28, 2012

ZULKAEDAH 12 - MONOREL DI PUTRAJAYA?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Barang siapa melakukan amal yang baik, maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya'
(Terjemahan Surah Al An'am 6:160 )
Putrajaya...penuh dengan keindahan alam . Benarkah Putrajaya akan ada monorel?
Menurut bekas Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsuddin Othman, sebahagian daripada infrastuktur termasuk terowong bawah tanah, jambatan merentasi tasik dan sebahagian struktur stesen monorel di Putrajaya Central telah siap dibina. Jajaran dua laluan utama sepanjang 30 km termasuk lokasi 25 stesen telah dikenal pasti dan kekotak stesen telah dibina bersekali dengan pembinan terowong.

Namun, pelaksanaannya tertakluk kepada persetujuan dan peruntukkan Kerajaan Perekutuan.
(gambar - mereka huruf LOVE..)
Mengikut rekod Jabatan Perangkaan, penduduk Putrajaya pada 2010 seramai 72, 413 orang.
1211 seramai 87,100 orang.  Ada 22,136 unit rumah Kuarters dan 3,864 rumah persendirian.
Jumlah pelawat 2011 seramai 1.7 juta orang. Pelawat terbesar dari China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Singapura, Korea dan Indonesia.
(Ingat lagi kata-kata pegawai Masjid Putra- 2,000 pelawat bukan muslim melawat Masjid setiap hari!)

Pembangunan di Putrajaya terus rancak berjalan.
Antara yang terdekat akan siap :

Hotel bertaraf business di Precint 1.
Pembangunan retail dan F & B di Sisiran Tasik di Precint 8.
City Campus Herriot Watt Universiti di Precint 5,
Pusat Konservasi Panda di Taman Wetlands,
City Trail antara Dataran Putra dan Alamanda.

Sama-sama kita nantikan Bandar Idaman!
Kini Putrajaya mempunyai Presiden Perbadanan Putrajaya yang baru iaitu Tan Sri Aceh Che Mat.

Ya Allah, kami berlindung dari- Mu kufur dan menyengutukan-Mu,
Kami mohon perlindungan-Mu daripada kejahatan akhlak dan pandangan yang buruk dan kesudahan yang buruk pada harta-harta, keluarga dan anak-anak kami.
Kami berlindung dengan-Mu daripada segala bala bencana, daripada kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk
Kami mohon perlindungan-Mu daripada mengidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan.
Rahmatilah kami, masukkan kami ke dalam syurga Firdaus-Mu dan jauhilah kami dari api neraka.
AMIN.
-
Sebarkan alam dan semarakkan amal.

Sumber : Utusan Malaysia 12 Julai 2012.

3 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju,
memang ada terowong monorel dan terowong utk menempatkan jajaran kemudahan awam di Putra Jaya, anak kak, Mir, kerja dgn syarikat yg menyelenggara terowong tu

azieazah said...

Belum ada peluang singgah jalan-jalan. Hanya lalu lintas sahaja...

Hjh Noralenna Abbas said...

Terima kasih Ju atas berita terkini perkembangan PJ.