Thursday, September 27, 2012

ZULKAEDAH 11 - DUHAI IMAM SHAFIE( 2 )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu'
(Terjemahan ayat AL Hujurat 49 : 10 )

Imam Shafie.
Di Madinah, Imam Shafie menyampaikan hasrat untuk belajar daripada IMAM MALIK. Imam Malik terkejut bila mendapat tahu Imam Shafie telah menghafal kitab At Muwatt yang terkandung 1700 hadis! Imam Malik dikatakan berusia 77 tahun dan Imam Shafie 20 tahun.
Beliau tinggal di Madinah selama 18 bulan.

Dari situ beliau mendengar kisah tentang kebesaran imam-iman di Iraq. Khalifah Harun Al Rasyid juga berguru dengan IMAM MUHAMAD AL HASSAN ( Sahabat Imam Hanafi dan murid) dan IMAM YUSUF. Sebagai orang yang dahagakan ilmu dan setelah meminta izin beliau ke Kufah.

24 hari perjalanan Imam Shafie tiba di sana.
Beliau menegur seseorang yang bersembahyang. Dari sini beliau bertemu Imam Muhamad Hassan, Imam Hassan mengetahui ini anak murid Imam Malik. Imam Shafie menghafal kitab Al Awsat karya Abu Hanifah dalam masa 3 hari!

Beliau juga ke negeri-negeri sekitarnya belajar daripada beberapa ulama.

Dua tahun berikutnya beliau kembali ke Madinah berbakti kepada Imam Malik, sehinggalah Imam Malik meninggal dunia ( 86 tahun), Imam Shafie 29 tahun.

Imam Shafie pulang ke Mekah dan mengajar di Masjid Haram. Beliau terkenal hingga ke Yaman.
Gabenor Yaman membawa beliau ke Yaman.
 Melalui Gabenur Al Malik beliau berkahwin dengan Hamidah, cicit Uthman bin Affan. Beliau dilantik menjadi hakim di Najran.

Apabila Gabenur Al Malik meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Gabenur As Saud
Beliau amat berbeza dengan gabenur Al Malik, perbuatannya banyak ditegur oleh Imam Shafie. Perselisihan faham  berlaku.Gabenur menulis surat kepada Khalifah Harun Al Rashid mengatakan Imam  Shafie kononnya menyokong puak Alawiah dan memusuhi Abasiah. Juga dituduh merancang menjatuhkan Khalifah. Ketika ini usianya 34 tahun. Imam Shafie dan teman-temannya dibawa ke Baghdad bertemu dengan Khalifah Harun dengan tangan dan kaki dirantai. Imam Shafie datang merangkak ketika dibicara oleh Khalifah.Teman-temannya telah dihukum bunuh. Berlaku soal jawab. Imam Shafie meminta rantai kakinya dilepaskan. Beliau berkata, Allah berfirman( yang maksudnya) " Wahai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu orang fasik membawa berita, hendaklah kamu periksa berita itu:' Amat jauh tuduhan itu...
Kemudian Khalifah bertanyakan mengenai ilmu tentang Al Quran.
Khalifah juga meminta diberikan setitis dari ilmunya sebagai nasihat. Imam Shafie merasakan wajar Khalifah diberi nasihat yang keras dan dahsyat.Beliau berkata" Aku dengar daripada Amir Mukminin Ali Abi Talib berkata bahawa sesunggunya ada banyak ular sebesar bukit dan kala jengking sebesar keldai yang kerjanya hanya mengigit para Amir ( pemimpin) tang tidak berlaku adil terhadap rakyatnya", Beliau juga mengingatkan tentang azab di akhirat yang bakal diterima oleh manusia yang berlaku zalim kepada orang lain.
Imam Shafie akhirnya dibebaskan.

Di Mesir  beliau cuba menyelesaikan masalah pengikut Imam Hanafi, Imam Malik dan kaum Muktazilah .Beliau sukakan Mesir selepas Mekah dan Madinah.
'Apakah tuan lupa Imam Malik membenarkan saya membuat fatwa sendiri dan membenarkan orang ramai, menjadi pengikut?"
"Saya berpegang teguh dengan Quran dan Hadis. Namun dalam figh saya mempunyai ijtihad sendiri, tidak cenderung kepada Imam Hanafi atau Imam Malik.'
Imam Shafie terus mengajar di Masjid Amru. Dari pagi hingga malam mengajar ulum Quran, tafsir,hadis Bahasa Arab, Nahu dan Syair. Walau sibuk beliau menulis 142 kitab.

5 tahun di Mesir, beliau ditimpa sakit.
Imam Shafie menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Jumaat 28 Rejab 204 hijrah. Beliau meninggal di rumah Abdullah bin Hakam.. AlFATIHAH.

Pandangan:
Imam Malik bin Anas berkata " Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai daripada Imam Shafie.

Imam Ahmad bin Hanbal berkata " Saya belum faham mengenai ilmu hadis sehinggalah belajar dengan Imam Shafie"

Imam Ahmad bin Hanbal berkata" Wahai anakku, Imam Shafie itu seperti  matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh. Fikirlah apakah gunanya selain dari dua ini."

Imam Muhamad Al Hakam berkata " Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya, lebih fasih lidahnya, daripada Imam Shafie"

Basyrat Muraisi seorang sejarawan dan pengikutnya berkata " Akal Imam Shafie menyamai akal separuh penduduk dunia. Beliau suka membincangkan soal pokok berbanding soal furuk."
-

Demikianlah apa yang saya baca, maaf kalau ada yang terkurang, terlebih.
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.








2 comments:

mamawana said...

Bagus perkongsian ini. Sayangnya akhir zaman ini masih ada ustaz2 imam muda konon ngaji di Mesir tapi menuduh zikir munajat Imam syafie itu sesat. Astagfirullahil aziim.

Maaf.

Ayah Zain said...

ma kasih mamaju