Saturday, September 15, 2012

SYAWAL 28 - BILA KATE & WILLIAM KE MASJID

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Wahai orang-orang beriman! Belanjakanlah ( pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya ( lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu ( kalau diberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.'
(Terjemahan ayat 267 surah Al Baqarah juzuk 3)
Pagi Jumaat 14/9/12-   Putera William dan isterinya Kate telah ke KLCC. Tempat pertama dalam senarai ialah lawatan ke Masjid As Syakirin.
Kita saksikan detik-detik mereka berdua di masjid (bukan ruang sembahyang ).
Gambar saya dapati daripada blog seperti yang tertera.


Ada yang buat kontrovesi dengan kedatangannya ke masjid...
Suka tengok kemesraan mereka dan layanan serta bual mesra dengan rakyat jelata yang  membanjiri Taman KLCC.



Buka sepatu....

Tak payah buka stokin Tuan Putera...
Kate pun nak buka kasut...
Letak elok-elok. kat bawah tu...
Beres.... tapi tudung ni ..
Majlis menandatangani buku lawatan.



Demo mengambil wudhu.

Dikatakan mereka juga diperdengarkan dengan bacaan Al Quran.
Satu dakwah yang menarik.




Dari masjid mereka berdua ke laman KLCC untuk bermesra dengan rakyat Malaysia.

'Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan ( iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat tinggi yang ditimpa hujan lebat lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.'
(Terjemahan ayat 265 surah Al Baqarah Juzuk 3)

Moga kita semua mendapat hidayah daripada Allah.
Amin.


2 comments:

razijohari said...

Moga dikurniakan hidayahNya...

nadz said...

Sangat murni cara lawatan itu...dan mereka pun Allah kurniakan fizikal yang indah untuk kita lihat.