Thursday, August 9, 2012

Ramadan 21-Sahabat Nabi saw/ Nurul Syuhada MHI bertudung.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
'Dan berkahwinlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas ( rahmatnya dan limpah kurnianNya) lagi Maha Mengetahui.'
(Terjemahan ayat 32 surah An Nur)


SAHABAT NABI SAW
35-SALIM (hamba kepada Abu Huzaifah)
Beliau merupakan salah seorang daripada pemikul Al Quran.
Nabi saw pernah bersabda kepada para sahabatnya yang maksudnya "Ambillah Al Quran dari empat orang iaitu Abdullah bin Mas'ud, Salim, Ubai bin Kaab dan Muaz bin Jabal.
Apabila islam menghapuskan sistem hamba, Abu Huzaifah mengambilnya sebagai anak angkat.
Apabila sistem anak angkat dihapuskan, Abu Huzaifah mengambilnya sebagai saudara.
Keakrabannya sehingga syahid bersama dalam peperangan. Apabila perang selesai di dapati jasadnya saling bertindhan dengan Abu Huzaifah yang pernah menjadi tuannya, ayah angkatnya dan saudaranya.

36-TUFAIL BIN AMRU AL DAUSI
Beliau adalah seorang bangsawan dan ramai pengikutnya sebelum beliau memeluk islam.
Satu hari beliau datang ke Mekah, para pembesar menasihati jangan mendengar bicara Nabi saw dan jangan bertemu dengannya.
Suatu hari, beliau bertawaf di Kabaah, beliau terpandang Nabi saw sedang bersolat dan berbicara. Timbul di hatinya untuk mendengar bagi membezakan antara yang baik dan jahat.
Akhirnya beliau tertarik dengan kesopanan dalam ucapan Nabi saw dan memeluk islam.
Ketika pulang beliau meminta Nabi saw doa untuk kaumnya supaya bila beliau pulang nanti akan membuka pintu hati kaumnya untuk mengikut jejak langkahnya. Lalu Nabi saw mendoakan mata beliau bercahaya seperti lampu. Beliau meminta Nabi saw  berdoa memindahkan cahaya itu ke tempat lain kerana takut kaumnya beriman kerana kelebihannya bukan dakwahnya. Cahaya itu dipindahkan ke tongkatnya.

Beliau bersama Nabi saw di dalam perang Badar, Uhud Khandaq dan Pembebasan Mekah.

Sumber- Biografi Rasulullah- Rusydi Ramli Al Jauhari- Penerbit Mustread.
-
Pagi- tetiba terbuka MHI, wah, Nurul Syuhada Nurul Ain dah bertudung. . Saya fikir ini penampilan pertamanya dengan gaya baru di tv. Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam kepada semulia-mulia Nabi , keluarga dan sahabat2nya.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa ibubapa kami dan sekian muslimim.
Ya Allah kami mohon syurgaMu dan segala kenikmatannya.
Ya Allah kami berlindung denganMu dari neraka dan sesuatu yang mendekatkannya.
Ya Allah matikanlah kami dalam iman, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati.
Ya Allah, mudahkanlah ketika gelombang sakaratulmaut kami .
Ya Allah, rahmatilah kami.
Amin.

1 comment:

Kakzakie said...

Semakin ramai dah yg sedar erti aurat sebenarnya. Moga makin ramai yg berhijrah di bulan mulia ini..