Wednesday, August 8, 2012

Ramadan 20- Sahabat Nabi saw/ Masjid Kremlin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
'Katakanlah (wahai Muhamad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka: sesungguhnya Allah amat mendalam Pengetahunnya tentang apa yang mereka kerjakan'
( terjemahan ayat 30 surah An Nur)

SAHABAT NABI SAW
33-UBADAH BIN SAMIT.
 Beliau merupakan utusan kaum Ansar yang pertama dayang ke Mekah untuk mengangkat bai'ah kepada Nabi saw.
Beliau sangat takut kepada jawatan peminpin hatta menjadi pemimpin kepada dua orang pun beliau tidak mahu  kerana takut setelah mendengar kata-kata Nabi saw  akibat orang yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya.
Di zaman Saidina Umar dia juga tidak menerima jawatan yang ditawar kepadanya.
Beliau mengajar ilmu kepada orang awam.

34-ZUBAIR BIN AWWAM
Nasab Zubair bertemu dengan Nabi saw melalui Qusai bin Kilab.
Salah seorang yang diberi berita gembira masuk ke syurga.
Beliau mengikut hijrah ke Habsyah.
Beliau diutus bersama Saidina Abu Bakar untuk mengejar tentera Quraisy selepas perang Uhud untuk menunjukkan bahawa tentera islam masih memiliki kekuatan lain. Banyak terlibat dalam peperangan bersama Nabi saw dan pernah memimpin angkatan tentera islam.
Nabi saw berbda yang maksudnya" Setiap nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair bin Awwam"
Masjid An Nurumi. Ia terletak di tepi jalan Jogja- Solo, Indonesia.. Di kenali juga sebagai Masjid Kremlin.  

 Masjid An Nurumi tu ada ala-ala bangunan di Kremlin Rusia.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami, kedua ibubapa kami dan muslimin.
Ya Allah, akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik.
Ya Allah kami berlindung denganMu daripada  menyengutukanMu,
Ya Allah, kami berlindung denganMu daripada segala bala bencana dan kesudahan yang buruk.
Kami mohon perlindungan daripada sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan.
Kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah jauhkanlah kami daripada azab neraka.
Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan salam.

2 comments:

Kak Izan said...

Amiinnn...

Kakzakie said...

Beruntunglah Zubiar bila rasulullah dah anggap dia sebagai pembelanya..

Kak Ju tak beli biskut/kerepek kat Azhar Food tu ke? Kakak nanti masa nak balik BP mungkin akan singgah situ nak belilah..