Tuesday, August 7, 2012

RAMADAN 18 - Sahabat Nabi saw-

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
'Dengan yang demikian, sesiapa  yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya. Kami tetap menulisnya.
(terjemahan ayat 94 surah Al Anbiyaa')

SAHABAT NABI SAW
30-ABU MUSA AL ASYA'ARI
Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Qies.
Di zaman  Nabi saw beliau menghabiskan masanya di hadapan Nabi saw. untuk mendapat petunjuk dan pedoman sehingga menjadi di antara empat orang Qadi atau Hakim bagi umat Nabi saw selepas Umar Al Khattab, Ali Abi Talib dan Zaid bin Thabit.
Beliau mempunyai ketokohan dari sudut kepimpinan, ilmu, pahlawan yang gagah berani dan warak dalam kehidupan sehingga Nabi saw pernah mengatakan pimpinan dari tentera berkuda adalah Abu Musa.
Beliaulah yang mengangkat Al Quran untuk memberi jalan penyelesaian perbalahan antara Ali dan Muawiyah serta mencadangkan agar Ali dan Muawiyah melepaskan jawatannya sementara waktu untuk memberi peluang kepada umat islam membuat pilihan.


Petikan sebahagian dari du'a khatam Qur'an:
Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugrahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

Marya Yusof said...

As salam mamaju,

Salam nuzul quran! :))

Kak Izan said...

Amiinn.. Ya Rabbal Alamin..

Kakzakie said...

Keimanan zaman sahabat baginda tak ada tolok bandingnya kalau nak banding sekarang nie..