Friday, June 8, 2012

TRAVELOG (7) KAMPONG AIR, BRUNEI.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemurah.
Daripada Abu Hurairah ra berkata RasulullahSAW bersabda yang maksudnya " Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu ysng tidak bermanfaat baginya"
(Riwayat Al Tirmizi, Ibu Majah dan Ahmad)
Brunei terkenal dengan kampong Air. Rasanya macam tak sah kalau tidak ke kampong tu. Kami menaiki bot dari pengkalan di Masjid Al Muhtadee Billah. Ni jalan yang mula kami jumpa ke kampong Air sebelum tiba ke pengkalan.

Tiba di Pengkalan. Harga menaiki bot berbeza-beza. Biasanya hanya 0.50 sen untuk ke bandar . Bagi pelancong, ada tawar menawar . Kami dikenakan 140 Ringgit Brunei untuk dua bot. Ini mungkin kerana berjalanan kami agak jauh. Kami juga meminta agar kami dibawa ke Muzium dan ke sekolah.


Tuan Pemangku Pengetua sedang melayan perasaan di dalam bot.
Begini bot yang kami naiki. Kami melihat bila pemandu membawa satu dua penumpang. mereka akan bawa laju-laju dan 'corner-corner' sikit. Mulanya emak memang tak mau naik!



Istana. di Muzium.
.Pada kurun ke 15 penulis barat menjelaskan Kampong Air  sebagai pusat permukinan yang penting ketika itu di kenali sebagai venice of the East and Floating City.
Setelah mengharungi deruan air dan ditunjukkan itu ini, kami pun dibawa ke Muzium Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Air.( Mereka eja Ayer)



Pengantin .Mesti pakai gelang kiri kanan.

Banyak lagi info menarik tentang kampong ayer , kraftangan dan aktivitnya.

Kami meneruskan perjalanan lagi. Jaket keselamatan ada di sediakan.
Kami dibawa hungga ke penghabisan kampong air , ada dongeng kapal karam yang menjadi batu, sebahagian sahaja timbul. Di hujung sebelah sana pula ada dongeng, ayam yang derhaka disumpah menjadi batu.  Macamana boleh timbul  kisah-kisah begini?
Kami di beritahu ada lapan buah sekolah di sini. Cantik. 
Awan yang cantik dan sinar terik matahari.
Terkaya di dunia dan termiskin.......
Percikan air. Bila bot laju terasa seolah-olah bot berbunyi dan melanggar sesuatu.

Kami berpeluang ke rumah salah seorang saudara Hajah Jun.
Cantik pintu rumah ni.

Rumah yang kami singgah. Besar, luas dan ada air-con. 

Kamai dihidangkan dengan berbagai kuih seperti  belurut,menggunakan daun pucuk, pulut panggang menggunakan daun nyireh, sandwich, pai ayam, chicken roll, keropok kentang bersambal, roti mentega panggang dan cream puff dan popia.
Terimakasih kepada tuan rumah. Beliau memang sangat rajin memasak dan kreatif.
Saya terpegun dengan hirisan kentang yang katanya hanya menggunakan tangan. Nipis macam menggunakan mesin!
Kami juga meninjau-ninjau keadaan di dalam dan di luar rumah. Ikan berenang-renang bermacam jenis. Kalau nak memasak tak payah susah-susah ke pasar...

Kita sambung nanti, insyaAllah.

Ya Allah, tunjukkan kami perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutnya. dan tunjukkan kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meningalkannya. Amin.

Sebarkan salam dan semarakkan amal.
=


1 comment:

Hjh Noralenna Abbas said...

Seronok nye jalan-jalan tengok negeri orang. Kat lantai rumah laut atau air, ada tak bahagian yang ada glass supaya boleh tengok ikan renang-renang?