Monday, June 18, 2012

TRAVELOG (14) AMBUYAT- MAKANAN TRADIS BRUNEI

28 Rejab 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sa'ad bin Abi Waqas melaporkan bahawa Nabi Muhammad berkata, "Apakah ada seseorang dalam kalangan kalian yang penat melakukan 1000 kebaikan tiap-tiap hari?" Ada orang bertanya dari tempat duduknya, "Bagaimanakah kami dapat melakukan 1000 kebaikan?" Nabi Muhammad berkata, "Bertasbih seratus kali, dicatatkan seribu kebaikan." -- Hadith ini direkodkan dalam Sahih Muslim
Sudah hari keberapa kami di Brunei?
Hj Alimas memperkenalkan kakak-kakak dan anak-anak saudaranya kepada kami.
Terharu sungguh.
Kami juga di perkenalkan dengan ambuyat. 
Kami tak terfikir macamana nak makan ambuyat.

Ambuyant diperbuat daripada sagu rumbia.
Gambar- Set hidangan ambuyat.

Kedai yang popular menghidangkan ambuyat ialah Restoran Aminah Arif dI Jerudong ( tak ingat ) dan Fullhouse di Gadong.
Ini hidangan di Fullhouse.  Lauk banyak sangat. Bayar ikut kepala.hehe terimakasih kepada yang belanja....
Mula nak makan, suspen...tapi rupanya sedap!
Tengok respone....
Bos- Hj Alimas dan Hjh June. Hjh tak jemu-jemu mengajar kami makan ambuyat menggunakan candas. Menurut Hjh , lauk iringannya seperti sayur kangkung , beludak ( bhg dalam daging kerbau yang di masukkan ke dalam usus dan di keringkan.
Ikan ampap (ikan rebus tanpa air).
Ikan masin, sambal belacan, sayur pucuk ubi masak lemak.
Sayur batang pisang
Sayur keladi tumis. daging lalap ( daging goreng)

Maaf kalau ada yang silap.....
Fullhouse.
Alhamdulillah. Memang sedap!
Kami juga makan di Restoran Aminah Arif.
Masa ni baru kenal ambuyat dan candas...

Alhamdulillah.

Ya Allah,sesungguhnya kami memohon keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambahkan ilmu pengetahuan dan keberkatan rezeki dan bertaubat sebelum mati dan rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Amin.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

Amie said...

Salam kenal Mama Ju, follower 216

Kakzakie Purvit said...

Kak Ju... rasa ambuyat tu tawar aje macam nasi ke? Kakak tengok melekit-lekit macam kanji. Macam mana nak makan dgn sayur dan lauk-pauk yg banyak bukan main tu. Kalau kakak agaknya makan lauk ajelah.. seronok kakak tengok:)

kaknor tmj said...

salam Ju,

Agaknya memang sedap sangat ambuyat tu, hingga juling mata sijejaka berbaju belang tu, he he....he

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah satu hari nanti kakcik teringin nak jejakkan kaki ke Labuan. :)

mamaina said...
This comment has been removed by the author.