Friday, June 15, 2012

TRAVELOG ( 12 ) TAMU KIANGGEH, BANDAR SERI BEGAWAN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik ra pembantu Rasulullah saw . Baginda saw bersabda yang maksudnya " Tidak beriman ( secara sempurna ) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri "
(Riwayat Al Bukhari, Muslim dan Ahmad )
Dari kediaman Hjh June ( bertudung ungu ) di Kampong Kasat, kami menaiki bot untuk ke bandar Seri Begawan. Perjalanan dengan bot hanya 5 minit berbanding dengan kereta 45 minit.. Tambang 50 sen brunei!
Kami menaiki bot melalui pengkalan berhampiran masjid Almuhtadee Billah.

Tuan Hj Alimas dan Hjh June dalam perjalanan ke bandar bersama kami. 

Ada ala-ala Venice....
Ini dah sampai ke TAMU  KIANGGEH.
Tamu  tu maknanya pasar. Pasar ini duduknya di tepi sungai.


Bot sentiasa berlegar mengambil penumpang.


Macam-macam ada di sini barang basah dan kering.....saya fikir ini ialah sagun. Cantiknya bungkusan sagun ni....hehe rupanya ini adalah barut bayi!

Alat mandian pengantin kalau tak silap.

Hjh June memperkenalkan saya dengan wajik jawa. Tak pernah dengar ....rasanya sedap, pulutnya halus....

Ikan pun ada dijual di sini.

Hjh June membawa kami keseluruhan kawasan pasar ni. Semua dia bagitau....

Angsa, burung pun ada untuk dijual.


Ikan pais 1 Ringgit Brunei. Murah, ada 5,6 ekor ikan.


 Macam-macam juga yang kami beli. Kami beli ikan bilis, udang salai, udang kering. Baunya segar dan nampak masih baru.
Bot sudah menunggu. Dari Tamu kami sempat jalan-jalan ke bandar. Dekat sangat..beberapa langkah sahaja...kami ambil peluang membeli cenderahati  dan bergambar lagi. Masa ni belum banyak kedai yang buka. Masih pagi.

Terimakasih Hj Alimas dan Hjh June....

Alhamdulillah.

Ya Allah, ampuni kami, ibubapa kami, anak-anak kami, guru-guru kami dan sekian muslimin dan muslimat. Ampunilah dosa-dosa kami dan rahmati  dan redhailah kami. Tempatkanlah kami di syurga dan bebaskan kami dari neraka. Amin.

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Lain padang, lain belalang.

Kakzakie said...

Kak Ju kenapa tak beli yg utk mandi pengantin tu. Kalau kakak beli banyak-banyak hihi... mesti wangi baunya.

Tapi yg sagun tu memang macam sagun yg jual kat Air Hitam..