Monday, June 25, 2012

ALAHAI,TAMAN BOTANI LAGI....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Riwayat dari Abdullah bin Ali ,bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya " Orang bakhil adalah orang yang jika namaku disebut di depannya, ia tidak mengucapkan selawat kepadaku "



Meh ke Botani, Putrajaya. Inilah tempat yang kami suka. Selalu sangat ke sini. Boleh lepak-lepak atau berbasikal atau baca-baca buku atau saja-saja menikmati alam kebesaran Allah.
Tak ada basikal? Ikut saya ke kaunter sewa basikal. Hari biasa sewa 1 jam RM2. hari minggu RM 4. Kadang kala kena beratur,  siapa cepat  dia dapat basikallah. Kadang kena tunggu....kadang penat tunggu basikal rosak!

Di bangunan utama juga ada jambatan, agak panjang juga. Bolehlah meninjau-ninjau keadaan sekeliling
Di situ juga ada pusat interaktif. Sesuai untuk kanak-kanak. Tap apa salahnya kita masuk sama untuk dapatkan maklumat juga.

Dah ada basikal? Jom kita mula ronda-ronda.
Taman ni sangatlah luas. Pergilah ke mana pun. 
Nak ke sini kena mendaki sedikit. ...Pernahlah ke sini...



Ini kawasan yang saya tak pernah sampai. Kena mendaki tinggi.

Kat mana pulak ni...
Anak-anak memanglah mereka suka mencabar diri - berbasikal di tempat tinggi.
Pastikan jangan keseorangan....
Bangunan apa ni?
Batu berlumut di atas bukit.


Sebenarnya macam-macam ada di sini. Ni berehat di tepi tasik.
Ikan banyak di tasik ini.




Kali ni saya hanya duduk-duduk sambil baca-baca buku.
Saya juga leka melihat dua pasangan pengantin Cina mengabdikan perkahwinan di sini.

Jom ke Taman Botani!

Ya Allah, kurniakanlah apa yang telah Engkau janjikan terhadap kami atas utusan Engkau dan janganlah hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu dan berikanlah kami petunjuk. Amin.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal..


4 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama : nak wat bbq bole tak kat sini... hehehehe

Kak Izan said...

masa cuti sekolah hari tu gi ke Putra Jaya.. sayangnyer kami tak tahu nak tuju ke mana.. kitorg ronda2 jer dengan keta... sayang tau.. :)

Kakzakie said...

Lokasi dialah Kak Ju yg buat org suka ke sini. Nampak nyaman betul sebab tu pengantin cina tu pun suka nak captured di sini..

Kalau tak pandai kayuh basikal sendiri duduk belakang membonceng pun best juga kan hihi... (sebab kakak tak pandai naik basikal sebenarnya)

Anonymous said...

Assalam Ju,

Tahniah semua gambar-gambar yang Ju ambil amat cantik....saya suka. satu hari bawa saya ke taman bunga...saya suka bunga...kurnia ALLAH yang tidak dapat kita dustakan...Masya ALLAH!

salam sayang
kamarjhan Brunei