Tuesday, May 15, 2012

TAMAN SELATAN, PUTRAJAYA BERSEMADI ISTERI BEKAS PM

Jamadil Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Demi ( angin) yang menerbangkan debu. dan awan yang mengandungi ( hujan ). dan ( kapal-kapal) yang belayar dengan mudah. dan ( malaikat-malaikat) yang membagi-bagi urusan. Sungguh, apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar. dan sungguh, ( hari) pembalasan pasti terjadi .
(TERJEMAHAN ayat 1-6 Surah AZ Zariyat )
 Ini adalah tempat bersemadinya Allahyarhamah isteri  Dato Abdullah Badawi.
Dalam satu kursus di Masjid  Putrajaya , kami telah dibawa ke Taman Selatan yang terletak di Precint 20. Taman ini di khaskan untuk kuburan.
Taman ini seluas 192 Hektar, 42 hektar untuk kuburan islam. bagi  jangka masa 83 tahun.
Taman ini  di khaskan untuk penghuni Putrajaya.
Pusara Negara juga akan di tempatkan di sini.

Bertempat di surau Taman Selatan, kami diberi taklimat mengenai kawasan ini oleh Jabatan Perancang Bandar, Putrajaya.
Di sini juga, Ustaz menerangkan hal-hal mengenai kematian.

Mengikut Ustaz Tahir, meneraju kursus, kubur  Allahyarhamah Datin Sri Endon adalah contoh kuburan terbaik.
Tanah ditinggikan sejengkal, ditabur dengan batu-batu laut dan ditanam pokok-pokok.
Ustaz cadangkan pokok berakar pendek seperti melur atau selasih.

Hanya Allah yang mengetahui.

Al Fatihah bagi penghuni  Taman Selatan.

-
Ya Allah, aku memohon dariMu, syurga dan apa sahaja yang boleh aku menghampiri kepadaNya dari percakapan, perbuatan, gerak hati dan keyakinan dan aku berlindung dengan Engkau dari azab neraka. Amin.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

Kakzakie said...

Kalau pergi berziarah kubur hati kita pasti rasa syahdu dan masa itu pun kita akan insaf membayangkan bila pula giliran kita kan kak ju...

kakcik said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya bersemadi dengan aman di sana.

CM said...

salam mama

dekat sunggguh dengan rumah CM...balik sekolah bila lalu percint 20,,selalu merenung kubur allahyarhamah datin seri endon....

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Al fatihah