Thursday, May 17, 2012

SIRI: NABI KITA SAW ( 12 )

Jamadil Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dalam satu riwayat, Jabir bin Abdullah  menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda  yang maksudnya " Telah diperlihatkan kepadaku para nabi. Adapun nabi MUSA  bagaikan seorang laki-laki dari suku Syanu'ah. Ku lihat pula nabi ISA bin Maryam , ternyata orang yang pernah ku lihat dan mirip kepadanya adalah Urwah bin Mas'ud . Ku lihat pula nabi IBRAHIM ternyata orang yang mirip kepadanyanya adalah kawan kalian ini iaitu Nabi  SAWsendiri.Ku lihat pula Jibrail . Ternyata orang yang pernah ku lihat dan mirip kepadanya adalah Dihyah"
Buku -Biografi Rasulullah SAW
Penulis : Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari
Keluaran- Mustread Sdn Bhd- 2012.
m/s- 368
Harga RM 65.00

Penulis Ustaz Rusydi  mendapat pendidikan di Sek. Keb Sri Benut, SM Benut, SM Agama Bugisiah , Maahad Johor , Maahad Muhamadi Kelantan dan Universiti Al Azhar.

Ini antara buku terbaru mengenai  nabi Muhamad SAW. Di dalamnya terkandung  17 bab penuh dengan detik-detik kehidupan nabi SAW.
Buku berkulit keras dan kertas berkualiti ini di penuhi dengan gambar-gambar , antaranya Gua Hira;, Bentuk tapak kaki nabi saw yang dicetak di atas kepingan emas, selipar nabi SAW, helaian rambut nabi SAW, tudung Saidatina Aisyah , baju jubah Saidatian Fatimah, mushaf Al Quran tulisan Saidina Uthman dll. Semuanya dalam warna..
-
Ya Allah , terimalah sembahyang kami dengan sempurna, ampunilah segala dosa kami dan janganlah Engkau azab kami di hari akhirat, bahawasanya Engkau atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

6 comments:

Cik FaRiZaM said...

kawan office ada jual buku ni, sgt menarik ~

Kakzakie said...

Dua dari sekolahnya kini menjadi tempat anak-anak kakak belajar... tapi tentunya sekolah dulu tak sama dgn sekarang yg lebih banyak kemudahan berbanding zaman uztas dulu...

Kalau harga 65 ringgit memang berkualiti kertas digunakan Kak Ju...

Marya Yusof said...

As salam mama ju,

Teringin pulak rsnya nak baca buku ni... Harganya murah kalau nak dibandingkan kandungannya tu, lg2 atas usaha seorg ustaz yg berjihad dijln ALLAH...Moga mendpt manfaat drnya...insya'ALLAH..

gadisBunga said...

ada jumpa buku ni kat kedai buku tempoh hari. insyaAllah akan beli sikit masa lagi. :)

kaknor tmj said...

salam Ju,

Kak nak beli buku ni, tk atas info buku ni.

eda_ej said...

dulu mase skolah rajin la pegi kedai buku.. skang ni dah kurang.. tapi kadang2 bile dah masok susah nak kuar.. lepas ni kene carik buku ni plak.. moga jd wanita yang lebih solehah..