Thursday, May 10, 2012

SIRI NABI KITA ( 10 )

18 Jamadil Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam ke atas nabi kita Muhamad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.


Saidina Ali RA menyifatkan Rasullah SAW : (maksudnya)
"Adalah Rasulullah SAW itu tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah, tidak gemuk dan tidak terlalu kurus, rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak juga terlalu lurus. Sesungguhnya rambut Rasulullah bergelombang (ikal), bentuk mukanya tidaklah bulat dan gemuk cuma ada ketulan tembam di pipi yang kemerah-merahan, anak matanya terlalu hitam dan bulu matanya melentik, dadanya berbulu hingga ke pusat, tapak tangan dan kakinya berisi, apabila baginda berjalan lajunya seolah-olah sedang menuruni anak bukit.

Apahila dipanggil baginda akan menoleh, begitu juga badannya akan turut berpaling, ada tanda Khatam Al Nubuwah di belakang di antara dua bahunya.

Bagindalah yang paling peramah, baginda jugalah yang paling benar dalam kata-kata dan perbuatannya, lemah lembut, pergaulannya ramah.

Barang siapa yang pertama kali melihatnya akan timbul ketakutan dan barang siapa yang sudah mengenalinya akan jatuh cinta dengannya. Aku tidak pernah melihat seseorang yang sama dengan baginda sebelum ini dan selepas ini,

(Riwayat Al Tarmizi)

-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Begitulah hebatnya baginda rasulullah...

p/s: Eh... kak ju naik pelamin bugis ye hihi... kakak dah banyak kali juga pergi sini (masukkan duit dlm tong yg dia sediakan).

kaknor tmj said...

Salam Ju.

Begitu agungnya Baginda Rasulullah

Hida Kadiso said...

Baginda memang tak de sape yang boleh ganti..

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

berdoa agar dapat bermimpi berjumpa dengan Nabi saw.

Unknown said...

betapa hebat nyer Rasulullah SAW...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

insan teragung sepanjang zaman kekasih Allah SWT..Baginda SAW