Tuesday, April 3, 2012

ZIARAH TYT

11 Jamadil Awal
Dengan nama Allah yang Maha Pemuah lagi Maha Mengasihani.

Abu Dzar meriyatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya " Jangan engkau memandang kecil perkara yang baik, walaupun sekadar bermuka manis bila bertemu sahabat. (riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda yang maksudnya "Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan, nescaya diampunkan dosanya sebelum mereka berpisah" (Riwayat Abu Daud)
Mari kita bertemu sahabat atau saudara mara bila ada masa terluang
Sabtu lepas, kami berziarah ke rumah TYT Dato Fakaruddin dan Datin Zaharah di Sekyen 9, Shah Alam.
Mereka pulang seketika dari Mesir  kerana Datin Z  menjalani  pembedahan...
Kami sempat bertemu ibu dan adik Datu F. Kemudian kami bertemu dengan Sdr Khalid .
Datuk F dan Sdr Khaild.
Kami juga bertemu Dato Raof.
Memanglah seronok berbual bila lama tak jumpa...
Saya terharu bila melihat Sdr Khalid membawa anak menantu  berziarah sama.
Ibu mereka telah meninggal dunia 6 bulan lalu. Di takdirkan ibu ayah mereka 'dijodohkan ' oleh Datin Z.
...dah pandai ziarah...
Bergambar bersama Datin Z dan mertua Sdr Khalid.-
-

Moga Datin Z cepat sembuh. Amin.

Rasullulla bersabda: Firman Allah yang maksudnya 'Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang berziarah kerana Aku (Allah), Orang yang saling berbelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah). Mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu'
(riwayat Ahmad)

-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

cheqna said...

assalamualaikum
nape cheqna tak leh tgk gambar ni??

Kakzakie Purvit said...

Sesekali jumpa memang seronok Kak Ju... moga Datin Z cepat sembuh. Jauh dia balik ke sini nak operation...

kaknor tmj said...

Assalamualaikum Ju,

Moga Datin Z cept sembuh... amin

Deru Ombak said...

Assalamualaikum MJ

Moga silaturrahim Puan Dan sahabat2 berpanjangan. :)