Monday, April 9, 2012

KE KEDIAMAN PERDANA MENTERI ( 2 )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara.Lalu Ibn Umar berkata" Jika engkau telah berada di waktu petang, maka janganlah dinantikan waktu pagi. Jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah dinanti waktu petang.. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit dan waktu hidup sebelum mati."(Riwayat Bukhari dan Al Tirmizi)
Komplek Sri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana  Menteri. Ia juga tempat menyambut, meraikan  Ketua-ketua Kerajaan. Pembesar negeri dan orang ramai.
Ia terletak di Persiaran Seri Perdana di Presint 10, Putrajaya.
Seri Perdana dibina pada tahun 1997.
Dibuka kepada orang ramai setiap hari kecuali Jumaat.
Hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan Am boleh melawat secara 'walk in'. Hari lain, untuk melawat dengan 'guided tour'  hantarkan permohonan lawatan sekurang-kurangnya tujuh hari.
(akan dipinda jika ada majlis rasmi)
Masa 9 - 3 petang.
Mula, lapor diri di pejabat informasi. Tunggu polis bersedia di pintu masuk.  Mereka akan ambil kad  pengenalan. Tunggu lagi untuk mereka bersedia.
Mendaki sedikit. Bergambar hanya dibenarkan di bahagian luar sahaja.
Kami di sambut oleh dua pegawai bertugas. Mula disediakan dua kerusi. Mereka memberi ' kasut plastik' untuk disarungkan kepada kasut .
Bermulalah lawatan dengan  di iringi oleh dua pegawai dan dua polis bertugas.
Salah seorang pegawai bertugas bernama Farah yang sentiasa mengikuti kami.
Mula-mula kami  ke Blok Bankuet. Di mulakan dengan  ke galeri melihat cenderamata yang diterima oleh Perdana Menteri. Banyak set sofa untuk tetamu .Selepas tu tenguk dewan Bankuet. Ia diguna untuk meraikan tetamu, memuatkan 200-300 tetamu.
Farah rajin bercerita dan melayan kami. Saya ambil peluang tanya pasal bunga, langsir, rekabentuk, permata swarovski yang menghiasi dinding dll.
Kemudian naik tangga yang cantik untuk ke Blok Protokol. Ia merangkumi beberapa bilik utama yang digunakan untuk menyambut dan meraikan Ketua-Ketua Negara.Ada bilik mesyuarat.
Ada cendaramata dari Kerajaan Arab berupa Kain Kiswah untuk Pintu Kabaah. Tinggi dan beratnya 150 kg!
Di sinilah terdapatnya pintu utama bagi Ketua-ketua Negara.
Lepas tu naik setingkat lagi untuk melihat bilik  Khas.
  Selesai sudah lawatan. Ia mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit.
Kawasan luar.
Alhamdulillah.
'Ya Allah Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan'

-http://inkinglink.blogspot.com/
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

7 comments:

jari | jemari said...

ma, ada orang puji gambar cantik. hihih

kaknor tmj said...

Salam Ju,
memang cantik foto2 tu, rugi ya Ju takde gambar dlm bangunan, dah peraturan begitu

Kakcik Seroja said...

Siapa ada pegawai pengiring se,asa lawatan ya? :)

cheqna said...

salam mama
wah besh gak erk...
nak melawat jugak la...tapi ntah bila agaknya..moga2 allah izinkan =)

gadisBunga™ said...

hihi. menarik nih!

boleh la saya pegi menjenguk ke sana jugak! terima kasih atas entry ini ye kak. :D

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak pernah masuk lagi tapi tengok luar adalah...

Agaknya berapalah harga sofa-sofa dia ye Kak Ju... Kalau boleh ambil gambar mesti adik dgn Nabil dah bergaya kat sofa tu...

MulutPayau said...

assalamualaikum mama...

Bestnya dapat melawat ke sana, teringin jugak nak pergi .....