Friday, April 6, 2012

BUKU 'MENCAPAI HUSNUL KHATIMAH'

14 Jamadil Awal 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Buku kecil ini dikarang oleh Dr Abdullah b. Muhamada Al Mutlaq dan diterjemah oleh Abdullah Al Qari b Hj Salleh.
Ia diterbitkan oleh Al Hidayah. Harga RM 5.00

Sesungguhnya Allah mengingatkan kita terhadap kepentingan penyudah hidup yang baik, seperti firmannya yang bermaksud 'Wahai orang-orang yang beriman, takutlah pada Allah dengan sebenar-benar takut dan janganlah hendaknya kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama islam '( ayat 102 Surah Ali Imraan)

Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa sebahagian manusia ada yg bersungguh melakukan ketaatan akan tetapi sejenak sebelum ia meninggal dia melakukan maksiat yang menjadikan hidupnya berakhir dengan Suu'Al Khatimah.
'Dan sesungguhnya seorang lelaki benar-benar melakukan suatu amalan ahli syurga sehingga tiada jarak antaranya dengan dia  melainkan sekadar sehasta, tiba-tiba dia telah di dahului ketetapan, lalu dia melakukan suatu amalan ahli neraka, maka dia dimasukkan ke dalam neraka' ( Bukhari)

Sebab-sebab Penyudah yang Buruk'
1- Mengangan-angankan untuk bertaubat.( Sesungguhnya angan-angan untuk bertaubat adalah sebesar-besar tentera (tenaga) iblis.Kata sebahagian As Salaf )
2.Panjang angan-angan.( Ditipu syaitan, dimana digambarkan bahawa umur mereka masih panjang..)
3. Suka, Mendekati dan Selalu Melakukan maksiat.
4. Membunuh diri.

Tanda -tanda Mendapat  Husnul Khatimah

1- Seseorang mengucapkan kalimah tauhid di kala hampir mati
2. Seseorang terkorban syahid dengan niat meninggikan kalimah Allah.
3.Orang yang mati bertempur di jalan Allah ataupun mati dalam masa ihram haji.
4. Seseorang yang akhir amalannya dalam mentaati Allah.
5. Seseorang mati kerana mempertahankan 5 perkara ( yang perlu dipertahankan)
(agama, jiwa, harta benda, kehormatan dan akal)
6. Mati dalam keadaan bersabar lagi mengira  pahalanya dgn sebab salah satu penyakit yang berupa wabak
- Taun
-penyakit paru-paru
-sakit perut
Penyakit rusuk

7. Mati bersalin.
8.Mati lemas, terbakar dan runtuh.
9.Mati pada malam Jumaat atau siangnya.
10. Mati dalam keadaan berpeluh di dahi.

Jalan untuk Husnul Khatimah
1. Bertakwa kepada Allah dalam sembunyi atau nyata. Berpegang kepada pengajaran Rasulullah SAW.
2. Berterusan berzikir kepada Allah.
'Apakah amalan yg lebih utama? Rasulullah SAW menjawab yang maksudnya" Hendaklah di hari kematian, lidah sentiasa basah sebab(selalu) berzikir kepada Allah SWT"

'Wahai Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Engkau akan menyudah yang baik.Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan kami dalam segala rupa urusan dan lepaskanlah kami dari kehinaan dunia dan seksaan akhirat. Amin. '

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

Kakzakie said...

Salam Kak Ju... moga perginya kita menemuiNya dalam keadaan husnul khatimah dan bukan suul khatimah...

Takut kan...

shami2 said...

Salam mamaju

Semoga kita semua dijemput olehNya dalam keadaan husnul khatimah.

Doa selalu setiap kali selepas solat waktu dan solat2 sunat yg lain. Insyallah ..

che mid said...

Salam mama,

buku tu nampak mahal tapi cuma Rm5 je ya.. ilmu tu bukan terletak pada harga kan

kaknor tmj said...

Salam Ju,

Bersama2lah kita beramal, berusaha dan berdoa agar mencapai husnul khatimah