Tuesday, March 20, 2012

ZIARAH RUMAH BARU PUAN NADIAH

27 Rabiul Akhair 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Al Bara'  Ibn Azib ra
maksudnya " Apakah wajah Rasulullah saw (berkilau) seperti pedang?" Al Bara'  menjawab "Tidak. Wajah baginda bagaikan bulan"
(riwayat Tirmizi, Bukhari, Darimi dan Ahmad)
Alhamdulillah, hari yang indah, kami  berkesempatan berkumjung ke Taman Panchur Jaya, Seremban.
Ini rumah baru Puan Nadiah dan Sdr S. Rosli.
Maaf, kami datang lewat petang...
Nadiah mengadakan majlis tahlil dan majlis masuk rumah baru.
Ayah, ibu muda dan adik beradik dari Kelantan dan  turut hadir.
Ini anak sulung dan anak bungsu beliau.

Adik lelaki bungsu Farhan dan anak  sulung Nabilah (hehe sebenarnya saya lupa nama...)


Gelak ketawa Dr Haliza dan Dr Nabilah.


Madihah Humaira dan Hawa'

Najah dan Alisya Syurah anak bungsu Nabilah. 

Najah dan Najihah.


Terimakasih kerana menjemput kami.
Nasi dagang dan laksa kelantan tu sedap sangat.

Jumpa lagi, insayAllah.

-
Nadiah adalah anak saudara suami.
-
'Dan aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan langit dan bumi dengan lurus dan berserah diri dan bukan aku daripada golongan musyrik'

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jom baca  Quran dan amalkan sunnah nabi saw.










4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Rumah baru baru cat baru..:) Kerusi tangan itu idaman kakak sampai sekarang tak terbeli. Anak kakak suka kerusi tangan nie.

Hello Kitty tu Kak Ju yg belikan ke?

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

moga ukhwah berpanjangan

azieazah said...

Masuk rumah baru memang seronok diraikan bersama dgn sedara mara.

Laksa Kelantan? Lama tak makan...

nanie emran said...

Tahniah cousin, sbb dh ada rumah sendiri. . Semoga sentiasa ceria bersama family terchentaa. , ( kalu eden poi soromban buleh eden tompang lojing kek sini ;P ,harap sudi terima i sbg tetamu)