Thursday, March 29, 2012

PEMBUNUH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah  menciptakan langit dan bumi, BERBEZA-BEZA BAHASA dan WARNA KULIT  kamu. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengetahui.'
(terjemahan ayat 22, Surah Ar Ruum )


Sebenarnya ini adalah tajuk buku ' Rahsia Pembunuh Ekonomi  Dunia'( Terjemahan)
Buku ini ditulis oleh John Perkins, terbitan PTS, Cetakan pertama 2011, harga RM 30.00

Saya beli di MPH Mid Valley. Agak lama untuk saya menghabiskan buku ini, ada masa saya keliru dan ada masa saya kurang faham dengan apa yang saya baca.Tu yang jadi lama.

Pembunuh Ekonomi  atau penyangak Ekonomi ini adalah golongan profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu atau menjatuhkan ekonomi sesebuah negara. Banyak negara sudah ditipu dan kini menjadi boneka yang dikawal.Mereka menyakinkan negara-negara strategik dan ada kepentingan supaya menerima pinjaman bagi membangunkan projek mewah negara. Lepas itu.....

Antara isi kandungan:
Bahagian 1: 1963- 1971
Kelahiran seorang 'pembunuh'
Terikat sepanjang hayat.
Indonesia: Pengajaran untuk EHM

Bahagian 2: 1971 - 1975
Presiden Panama dan Hero
Berbual-bual dengan Jenderal
Pengubahan wang Haram di Arab Saudi.

Bahagian 3 : 1975 - 1981
Rundingan Terusan dan Graham Greene
Raja segala raja, Iran.
Colombia: Pintu gerbang  Amerika Latin.
Amerika melawan Empayar global
Persiden Ecuador memerangi Syarikat Minyak.

Bahagian 4 :
Kematian Presiden  Ecuador
Panama:: Kematian Omar Torijos
Amerika Starikat menceroboh Panama.
EHM gagal di Iraq
Venezuela : Diselamatkan oleh Saddam.
Mengupas Aising kek.

Jom baca.

'Ya Allah, jangan biarkan dosa-dosa kami kecuali Engkau ampunkan, tidak ada keaiban pada kami melainkan Engkau sembunyikan, tidak ada kekusutan melain Engkau padamkan.' Amin.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.





4 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju,

beginilah tipu daya kuasa2 besar spt USA utk menjatuhkan sesebuah negara terutama ng2 Islam.

afeezz said...

assalamualaikum mama : macam menarik jer buku ni... tajuk yg last tu betul ker? tibe2 keluar aising kek plak

Kakzakie Purvit said...

Kak Ju rajinlah membaca.. kakak selalu pegang buku masa duduk tunggu anak buat homework tapi mata selalu pejam walau konon-konon baca sebab kalau tak anak lagilah dia leka...

Nampak sangat buku yg Kak Ju paparkan menjurus kuasa veto yg merobek negara kecik. Negara kita pun kalau kita lihat macam ada ciri itu... minyak yg kita ada contohnya...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum mama

saya senantiasa berdoa semoga malaysia ini tidak terkena tempias dek semua penyaka-penyangak ini huhuhhhhh