Monday, March 5, 2012

HEBATNYA MALAIKAT JIBRAIL( SIRI NABI KITA )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Siri nabi kita saw (5)

Ini dikisahkan dalam buku Biografi Muhamad saw bin Abdullah oleh Prof Madya Dr Zulkifli bin Mohd Yusoff.

Ketika nabi saw berlari ( dari gua Hira) baginda terdengar suara  dari langit memanggil. Baginda mendongak dan terlihat pemandangan yang pelik. Jibrail berkata "akulah Jibrail" Baginda melihat malaikat Jibrail duduk di atas arasy , di atas udara dengan 600 sayapnya memenuhi langit dari timur ke barat. Ke mana sahaja baginda  pandang tetap nampak Jibrail.

Jibrail adalah yang teramat gagah dan bertugas sebagai ketua para malaikat.
Dialah yang berperanan menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul. Dengan hujung satu sayapnya Jibrail mengangkat satu negeri dan dibenamkan kembali ke bumi. Akhitnya kawasan itu menjadi laut mati. Inilah Laut Mati  yang  di sempadan Jordan dan Palestin sekarang.

Nabi Muhamad saw melihat malaikat dalam bentuknya yang asal sebanyak   dua kali.

Surah An Najm ayat  4 hingga 9 'Tidak lain (Al Quran)  itu adalah wahyu yang diturunkan( kepadanya).Yang diajarkan oleh ( Jibrai) yang sangat kuat.yang mempunyai keteguhan, maka (Jibrail itu)menampakkan diri dengan rupa yang  asli (rupa yang bagus dan perkasa),Sedang dia duduk di ufuk yang tinggi.Kemudian dia mendekat (pada Muhamad saw) lalu bertambah dekat.Sehingga jaraknya(sekitar) dua busur panah atau dekat(lagi)'

Sumber:
Biografi Muhamad bin Abdullah- Prof  Madya Dr Zulkifli M. Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman.
Terbitan PTS Pub.
Harga RM 39.00


No comments: