Friday, February 24, 2012

ISTERI NABI KITA SAW ( UMMUL MUKMININ )

2 Rabiul Akhir 1433
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

KHADIJAH UL KURBA RA
Berkahwin dengan nabi Muhamad SAW ketika berusia 40 tahun.
Mulanya Khadijah ra dilamar untuk dikahwinkan dengan Warqah bin Naufal tetapi tidak dapat dilangsungkan.
Suami pertama Khadijah ra bernama ATIQ BIN AZIZ. Memperolehi seorang anak bernama HIND.
Selepas Atiq meninggal, Khadijah ra berkahwin dengan ABU HALAH. Mendapat dua anak iaitu HIND dan HALAH.
Ketika hayat Khadijah ra, nabi saw tidak berkahwin dengan wanita lain.
Khadijah ra dikenali dengan TAHIRAH ( yang bererti suci dan bersih) meski pun sebelum memeluk islam.
Khadijah ra meninggal dalam usia 65 tahun  pada bulan ramadan tahun ke sepuluh dari tahun hijrah.
Nabi Muhamad SAW sendiri telah membaringkan jenazah di dalam kubur dan pada ketika itu upacara jenazah belum di perintahkan.

SAUDAH RA
Saudah binti Zamah bin Qais.
Sebelum berkahwin dengan nabi Muhamad SAW, Saudah ra  berkahwin dengan sepupunya Shukran bin Amar. Mereka memeluk islam dan berhijrah ke Abassinia. Syukran telah meninggal di sana.
Saudah ra pulang ke Mekah.(Syawal tahun yang sama dengan kematian Khadijah ra)  dan berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW.

Sekali, pernah nabi Muhamad SAW  berniat menceraikannya. Saudah ra berkata" Wahai Rasulullah. Daku bersedia   memberi giliranku kepasa Aishah oleh kerana  daku tidak sanggup diceraikan. Adalah menjadi keinginan daku untuk bersamamu di Syurga sebagai salah seorang dari isteri-isterimu"
Cadangan itu dipersetujui oleh nabi SAW.
Saudah meninggal dunia tahun 55s.h.

AISHAH RA
Aishah ra berkahwin dengan nabi Muhamad SAW pada Syawal tahun ke 10 dari tahun hijrah.
Pada ketika Khadijah ra telah tiada, Khaulah bt Hakim telah menemui  nabi SAW  bertanyakan tentang perkahwinan.Khaulah mencadangkan Aishah ra dan Saudah ra.  Khaulah telah menguruskan perkahwinan ini.
Ketika nabi Muhamad SAW wafat , Aishah berusia 18 tahun.
Aishah ra meninggal dunia ketika usia 66 tahun  pada malam selasa 17 ramadan .

Inilah perkahwinan-perkahwinan yang telah dilangsungkan oleh nabi Muhamad SAW sebelum Hijrah. Isteri baginda yang lain dikahwini di Madinah.
(BERSAMBUNG...)

-Susunan Juhariah Johari-
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.





3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Pernikahan rasulullah benar-benar suci tidak mengikut nafsu...

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Minta email Ju dulu, boleh?

suri solehah said...

ummulmukminin,contoh suri teladan...