Thursday, February 23, 2012

BILA AYAH MERTUA KETAWA....

1 Rabiul Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
'Dan kami WAJIBKAN MANUSIA BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPANYA: ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempuh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun: ( dengan yang demikian)  bersyukurlah kepadaKu  dan kepada kedua ibubapamu dan( ingatlah)  kepada Akulah jua tempat kembali( untuk menerima balasan) '
(Ayat 14 Surah Luqman)

Ini Ustaz Yusopp, ayah mertua saya.. Adalah dalam dua tahun ayah tinggal bersama kami.
Dalam usia 95 tahun, jarang benar kami melihat dia ketawa.
Satu hari, kami tunjukkan dia 'Talking Tom' Tak sangka ayah berminat! Ayah ketawa besar bila
bersama 'Talking Tom' -maklumlah ia mengejek/ mengikut semula apa yang kita katakan....
Ayah terus mengaji Quran dan  nampak seronok sangat.
Hehe lepas ni nak cuba mainkan' Angry bird'.Macammanalah agaknya reaksi ayah...
Ayah juga seronok, cucunya Adlina Md Yatim datang berziarah.
Adlina pelajar tahun 3  UPM di bawah biasiswa tenaga pengajar.

Syahdunya ayah....
Cucu saudara ayah Dr Halim Mohamad UPM pun datang berziarah.
Tenguk ayah berselera makan mi rebus yang saya buat.



Jom, cucu-cucu lain datang berziarah! kita bagi Tok Ayah ketawa!

'Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta)
dengan di bantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-Kalimah Allah itu di tulis'
(Ayat 27 urah Luqman)

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal
Jom banyakkan baca selawat.





4 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Ju,
Alhamdulillah masih sihat, segar ayah mertua Ju.

Kakcik Seroja said...

Ya Allah, rindunya diri ini pada arwah bapa tambahan bila melihat gambar2 itu. :(

cheqna said...

moga ayah mertua akak sihat2 sokmo =)

ainhany said...

salam mama,

teringat ayah saya...
semuga ayah mama sihat2 insyaALLAH