Friday, January 13, 2012

EMAK

Jumaat 19 Safar 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rasulallah saw bersabda yang maksudnya' Redha Allah bergantung kepada redha ibubapa dan murka Allah bergantung kepada ibubapa'
(Riwayat Al Hakim)
Saya hanya ada emak.
Apa agaknya mak buat hari ini?
Saya berazam untuk telefon emak hari-hari.
Emak, doakan anak menantu dan cucu berbahagia di dunia dan akhirat.
Masa ada abah, emak selalu ke sana sini dengan abah.
Emak dan abah selalu ziarah kawan-kawan dan saudaramara.
-
Abah  ajak kami ke Pulau Natuna, Indonesia melihat kehidupan/ kemiskinan di sana.
Abah kata ada air masin sahaja di sana.
Tapi kami cuma berangan sahaja.

Abah ajak naik kapal ke Indonesia, pelayaran untuk sampai seminggu.....
Kami senyum, berangan,
Kerjalah....

Abah bercerita nak ajak anak cucu ke Langkawi,
Tu pun kami tak dapat pergi berkonvoi.....

Akhirnya abah ajak emak dan cucu-cucu lelaki mengembara dari  Kampung ke Segamat ke Kuala Lumpur ke Langkawi ke Kelantan. Mereka naik keretapi.
Dalam tak larat abah dan emak berjaya dengan misinya.

Bila kenang kembali, banyaknya yang kami tak buat untuk emak dan abah.
Al Fatihah buat abah.

 

Emak masih larat lagi berjalan ke sana sini.
Kalau ke sini, insyallah kami bawa ke rumah saudaramara.
Kalau kami balik kampung pun kami cuba bawa emak ke rumah saudaramara.

Ini menara tinjau di Wetland. Saya ajak emak naik, emak sampai separuh jalan je " ngeri aku..."


Saya ajak emak tenguk pokok-pokok ..

Emak tak pernah pergi tempat ni. Petaling Street! Saya pun dah lama tak ke sini.
Hehe emak cuci mata.

Emak kata" Jenama apa kat sini?" Emak tak tau ni semua barang tiruan!
Cantik-cantik!
Tapi emak beli dua beg tangan..
Tenguk tu ada larangan, tapi di sinilah pusat barang tiruan terbesar di Lembah Kelang.

Kami ke Venus, kedai Art yang anak-anak suka. Sempat borak-borak dengan taukeh dan anak cucunya.
Oh anaknya kawin dengan orang Perancis!
Emak bagi anak-anak sorang RM 50. Belilah nak apapun...
Masa saya muda dulu saya ke Venus juga, tu yang sedap berbual.

Kami membawa emak ke Pudu Central. Saya pun pertama kali datang ke sini setelah  dibaikpulih RM 50 juta!
Memang nampak canggih dan moden. Pudu sekarang di khaskan untuk perjalanan bas ke utara sahaja.
Kami makan tengahari di sini.
Kami berjumpa dengan Cina dalam gambar tu (tak nampak muka),hehe tak sangka  dia bawa duit RM 10,000 dalam poket!
Sebenarnya duit tu nak terkeluar..tu yang tau tu...lepas tu baru duit tu dimasukkan ke dalam beg.
Duit tu mahu dibawa ke Genting!

-
Moga emak bahagia.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Catatan ini buat kakcik sebak. Kami adik beradik tak sempat bawa mak dan pak naik kapalterbang. Hasrat pak untuk menunaikan haji pun tidak kesampaian bila beliau jatuh sakit pada tahun sepatutnya beliau berangkat ke Tanah Suci.

Memoga roh mak dan pak sedang bahagia di sana. Al Fatihah.

kaknor tmj said...

assalamualaikum Ju/

memang sebak baca N3 ju ni, bertuah ju masih ada mak,mak dan bapak kak telah ;pergi; ramadhan dan syawal 1431, selang 39 hari n kedua2 disemadikan di TP USJ 21, semoga Allah mcucuri rahmat ke atas roh2 mereka.Banyak yg kak tak sempat buat utk mereka kr kelalaian dan kelemahan diri sendiri

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Ada juga teman kakak ke Venus Art beberapa tahun dulu. Lama dah.

jari | jemari said...

atok macam shopping sakan pulak hehe :)

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju


saya dah 3 hari tak telifon emak saya..

razijohari said...

Salam sayang buat Bonda Hjh Jamilah Bt Hj Abdul Aziz Bin Mat Raji....

Miss u so much Mum!!!!! Moga terus sihat serta dirahmatiNya selalu.

razijohari said...

Al fatihah buat Arwah Ayahanda Hj Johari Bin Kaliman Bin Paidin.....

Teringat hajat2 arwah ayahanda yg belum ditunaikan..... Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya.

rosli said...

Mamaju,

Bestkan...emak mamaju masih ada, saya hanya tinggal ib mertua....selalu saya terfikir kalau ibu saya ada lagi mesti nak bawak dia gi jalan2 dan nak bawak dia gi umrah....saya nak gi berdua ajer dengan ibu saya. Trip utk bawak wife dan anak2 plan lain. Saya masi banyak 'berhutang'dengan ibu saya.....moga roh arwah ibu dan bapa saya dicucuri rahmat. Al Fatihah untuk bapa mamaju dan semua orang tua kita. Ameen.