Saturday, December 24, 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAISARAH LIYANA AMIN

28 Muharram
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tujuh tahun lalu, 24/12 mama bergegas ke Pusat Perubatan Selangor kerana adik menelefon  Hanim akan melahirkan  bila-bila masa sahaja. Alhamdulillah akhirnya bayi comel tu pun muncul....
Bayi tu di namakan Maisarah Liyana.
Tiap tahun, hari  lahirnya akan mama ingat kerana dua hari selepas itu Tsunami melanda!
Maisarah, jadilah anak yang baik. Maisarah mungkin tak ingat  waktu berusia  2 ,3  tahun, Maisarah  duduk bersama mama. Dulu-dulu Maisarah tak suka dengan mama. Asyik menangis ...
Agak sukar juga mengendali Maisarah terutama apabila bapa Maisarah bertugas di luar negara.
-
Sekarang Maisarah sudah besar dan ada dua adik.

Hari ini Maisarah meraikan hari lahirnya di Lexis Hotel, Port Dickson.
Tentu seronok bersama nenek Nora, atok Abbas, mummy dan ayah.
Heem menginap dua hari di  atas air!
Setiap bilik ada kolam persendirian.
Kembar Arif Fanaf ke?

Ok Maisarah, jangan lupa mama ya!

Assalammualaikum,
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


3 comments:

azieazah said...

Selamat ulangtahun Kelahiran to MAISARAH. Moga terus menjadi anak yang cemerlang.

Tingin nak terjun tiruk kat kolam tuh!

Ayah Zain said...

salam ziarah mama ju.

UncleRazi said...

Hepi BDay Yana....