Wednesday, December 28, 2011

KE PERPUSTAKAAN 85(?) JUTA! SHAH ALAM

 4 Safar 1433 Khamis
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda , maksudnya“Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
– Hadis Riwayat Muslim.


Alhamdulillah,  berpeluang membawa anak-anak ke Perpustakaan Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam.
Perpustakaan ni baru dirasmikan oleh DYMM  Sultan Selangor pada 10 Disember lalu.



Keadaan deko dalamannya dan rekaannya sangat cantik. Khabarnya kos keseluruhan  bangunan ini RM 85 juta.
Di ruang paling bawah, lebih santai.
Dimana-mana tingkat ada ruang komputer. 1 jam dikenakan RM 1
Gim pun ada. Daftar di ruang LP. Walk in 3 jam RM 5. Bulanan RM 40.
Tingkat 3 dan 4  pun ada mini Gim.
Ini ruang teater.


Antara buku yang saya suka....



Duduk relax  di kerusi kulit sambil menyelak buku dan menikmati pemandangan luar.
Duduk di sini pun ok. Tenguk suami saya di tingkat bawah tu....


Ruang Apple yang cantik..

Pemandangan pertama tiap-tiap tingkat, ada sofa lawa dan lukisan. Semua orang  dibekalkan beg untuk isi kasut.

Tiap ruang berlainan warna.

 Nikmati  suasana yang damai dan membaca dalam keadaan tenang.

Jom ke sini.
Dibuka jam 10 hingga 6 petang.
Senang saja nak ke sini, tenguk arahan ke Kelab Golf  Sultan A Aziz dan masuk ke  kelab tu.
Kelab Golf dan perpustakaan tu dalam satu kawasan yang sama.
Seksyen 13, Shah Alam.
Moga ianya bermanfaat.



Sebarkan salam dan semarakkan amal.


3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

cantiknyerrrrr
macam2 ada

Wassalam

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Sesuai sangat untuk lelapkan mata...zzzzzzz!!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

As salam Mama Ju..

Memang nampak begitu ekslusif library ni...