Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Abu Shalih meriwayatkan bahawa ia pernah ditanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah maksudnya" Amal perbuatan apa yang paling disukai Rasulullah saw? Mereka berdua menjawab'Amal perbuatan yang dilakukan secara konsisten, meski hanya sedikit."
(Riwayat Tirmizi)
|
Selalu dengar bunga kesidang, tapi tidak pernah ambil peduli.
Satu hari saya ke rumah Tun Dr Mahathir. .... saya tertarik dengan batas panjang yang ditaman di depan rumah (tak jauh daripada ruang masuk. Batas itu ditanam dua baris pokok kesidang dalam dua puluh pokok.Ada batang pancang menyokong. Ada yang sudah berbunga.....bunga ini berbau sungguh harum. Saya pun jatuh hati...... |
|
Inilah pokok kesidang di rumah saya. Mula saya beli yang kecil RM5 . tapi tak sabar nak tunggu berbunga, saya beli yang besar RM 30. Heem terus berbunga...saya letakkan di ruang pintu masuk. Tiap keluar masuk, saya mencium bunganya. Memang wangi dan harum. Kalau angin bertiup ...baunya menusuk ke hidung... |
|
Kesidang berbunga lebat di halaman rumah saya.
Di utara Semenjung bunga ini di gelar periuk nasi dan di Timur pula bunga tikam seladang
Bunga ini menjadi bunga rasmi negeri Melaka.
Ya ALLAH, aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan, aku mengakui dengan sebenar-benarnya nikmatMu dan aku mengakui dosaku, maka ampuni aku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosaku kecuali engkau, ya ALLAH.
Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al Quran.
|
4 comments:
Assallamualaikum mama Ju,
Kat tempat mama nadz di sebut bunga 'kerak nasi'
sweet flower....harum!!!! bawa balik skt....
Salam mamaju...
Seronok tengok kawan2 tanam bunga....lagik2 depan rumah yang berbau wangi...
Saya cuma ada pokok bunga melur..dan satu jenis lagi tk ignat nama..sesekali berbunga ditiup angin wangi...damai rasa hati....
Salam,
saya tengah cari pokok ni...ada jual kat mana2 kedai bunga ke..
Post a Comment