Tuesday, November 1, 2011

BILA PEGUAM KANAN DATANG.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Syaqiq pernah bertanya  kepada Aisyah tentang solat Rasulullah saw, Aisyah menjawab, maksudnya "Rasulullah saw melaksanakan solat dua rakaat sebelum  zuhur, setelah zuhur, setelah magrib, setelah isya dan sebelum subuh"
(Riwayat Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
Selamat datang Puan Najwa dan suami Ustaz Rajib. Beliau datang dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau sebenarnya anak saudara suami.
Sewaktu menuntut di UIA, Najwa dan kakaknya Nadiah kerap ke rumah  , tiap minggu  atau dua minggu sekali mereka  akan muncul .. masa tu.anak-anak amat rapat dengan mereka.( anak-anak banyak meniru geraklaku mereka...)
Masa kecil Najwa juga amat rapat dengan pakciknya...
Ini suami Najwa. Terimakasih kerana sudi berziarah. Kami sajikan ayam panggang hiris bersos thai dan  puding  roti mable .
Malam, Najwa berziarah lagi membawa  adik-adiknya Najihah, Najah (Tahniah kerana majlis graduasi ) juga Fahmi. Maaf, saya tidak sempat berjumpa.....tapi suami membawa mereka makan di luar.

Moga hubungan kita terus terjalin.

Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

"Berikan aku 100 orang tua, aku hanya boleh mencabut rumput di gunung Sumiru,
Berikan aku 10 pemuda, aku akan menggoncang dunia"
(Presiden Sukarno)


2 comments:

che mid said...

Salam Mama, mama ni mesti pandai melayan tetamu kan.. ada saja yang datang. Permintaan ni, buat satu entri tips melayan tetamu dan mengukuh silaturrahim..

Nadiah said...

Ini peguam kanan rupanya....
Nama saya pun ada gak... hehe