Tuesday, October 4, 2011

TERIMAKASIH BUAT GURU DI MAAHAD

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

Daripada Abu Dzar Junadah dan Abdul Rahman Muaz bin Jabal ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya " Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. Ikutlah segera kejahatan dengan kebaikan, necaya kebaikan itu menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan pekerti yang baik"(Riwayat Ahmad, Al Tirmizi dan Al Hakim)
Hari ini peperiksaan PMR bermula. Budak-budak PMR berkumpul 6.45 pagi di surau sekolah.
7.20 pagi mereka bersama guru-guru  bersembahyang hajat. Ibubapa pun dialu-alukan hadir.
Terimakasih cikgu-cikgu yang ambil berat kebajikan anak-anak kami. Suntikan moral diberi...
(Tudung hitam Pengetua Cemerlang  Maahad)

Wajah Amirah jam 9.15 pagi. Ke kantin. Mama bawa mi hoon, meringue dan macaron....
9.30 pagi ke dewan kembali. Mereka beratur dan membaca doa beramai-ramai...
Kakak-kakak pun ikut sama memberi semangat   untuk  berjuang!

Assalamualaikum
Sebarkan salam dan semarakan amal. 

1 comment:

nadz said...

Assallamualaikum mama Ju,
banyaknya bawa makanan untuk anak..itulah seorang ibu..Alhamdulillah.