Saturday, October 1, 2011

SARAPAN DI MANA PAGI SABTU NI?

Assalammulaikum wh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Daripada Anas bin Malik ra berkata bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda yang maksudnya
"Wahai anak Adam , selagi engkau meminta dan berharap kepadaku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak akan memperdulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu setinggi langit,lalu engkau minta ampun kepadaku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemuiku tanpa menyekutukan sesuatu pun denganku, nescaya Aku datang padamu denganampunan seluas bumi pula"
(Riwayat Al Tirmizi dan Baghawi)


Pagi Sabtu yang indah dan dingin.
Jam 8.30 pagi kami berada di Gerai roti canai DBukit, Seksyen 10, Bangi, Selangor.

Dah lama saya mendengar dari mulut ke mulut mengenai warung ni. Warung ni biasa-biasa sahaja. Nampak agak tua....Ini pengalaman pertama. Saya diberitahu oleh makcik saya...datang jangan lebih pukul 10!
Heh, saya ikut arahan. Pandangan mata pertama...banyaknya kereta!, macamana nak makan? lama ke tunggu pesanan?
Saya kira ada 40 buah kereta! Naik ke atas bukit sedikit. Ada satu sahaja gerai. Saya melihat orang ramai memenuhi tempat duduk. Akhirnya kami berjaya menemui kerusi untuk dua orang. Bagi yang tak mendapat tempat, tunggulah dulu.....Sambil menunggu boleh membeli syratkhabar, majalah, buah dan otak-otak!
Saya kira-kira lagi, ada lebihkurang 25 meja tiap satu ada 6 kerusi. Semuanya penuh!

Apa agaknya keistimewaan gerai ini?
Kami baru duduk. Tak lama pelayan datang untuk mengambil pesanan.Kami pesan dua roti canai biasa.Saya berbual dengan pasangan muda di hadapan kami.Saya tanya pasal gerai ini....bla,bla, bla..wah menarik..ada kuah kambing, yang sedap kuah sardin. Ada lontong dll Gerai ini dibuka hingga jam 1 tengahari, dibuka setiap hari kecuali Isnin.
Hehe tak lama menunggu...roti canai pun tiba.

Rasa?
heem, alhamdulillah. Makcik war-warkan  rotinya lembut, sampai petang pun masih lembut....
Kuah? alhamdulillah.Dalca tu biasa sahaja, mungkin saya tak campurkan dengan sambal...mungkin kalau kuah kari kambing terangkatlah....

Harga?
Masih murah. Dua roti makan, empat bungkus, satu milo panas dan satu air suam baru RM 6.

Komen?
Suami " Rasa roti canai..macam tulah..."
Anak1 (makan di rumah) "lembut, makan tak terasa penuh, masih ada ruang lagi). Nak tambah!
Anak 2(makan di rumah)"nak lagi...!

Datanglah bersarapan di sini.
Gerai roticanai D Bukit (dari tepi jalan tak nampak..hehe nampak kereta berderet-deret je...)
bertentangan dengan Shell, Seksyen 10.

Assalammualikum
Sebarkan salam dan semarakakan amal.
Jadilah pencinta Al Quran.
Ya Allah berikanlah kami kebaikandi dunia dan di akhirat. Amin.




2 comments:

azieazah said...

Bestnya dapat jumpa gerai Roti Canai yang sedap dan enak. Murah lagi. Bagus gak diwar-warkan. Yang sedap itu memang patut dikongsi, kan?

Saya nak pi, jauh sangat dari rumah.

afeezz said...

assalamualaikum mama : takde gambar ker?? nak gak tgk kedainye tuh... jauh plak nak dtg dr tmpt sy ni