Monday, October 3, 2011

AMIRA, ULFA DAN MAAHAD

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa seoang lelaki berkata kepada Rasulullah saw. Berilah wasiat kepadaku. Nabi saw bersabda maksudnya "Jangan marah" Beliau mengulangi beberapa kali dan bersabda maksudnya "Jangan marah"
(Riwayat Ahmad , Al Bukhari dan Al Tirmizi)
Alhamdulillah, esok peperiksaan PMR akan bermula. Mama, abah , atok dan adik beradik doakan moga Amirah  dapat  menghadapinya dengan tenang dan dapat menjawab soalan dengan cemerlang! Amin .(Amirah yang tersengih tu....)
Tahniah buat Fatimah Ulfa kerana  baru dilantik sebagai Timbalan Ketua Umum Maahad Hamidiah, Kajang.
Tahniah juga kerana menerima hadiah tempat kedua pelajar terbaik PMR Negeri  Selangor.
Tahniah juga buat Kelab Seni Maahad Hamidiah kerana mendapat hadiah RM 1,000 dalam pertandingan mewarna arca kuda.(he he Ulfa ambil hadiah daripada Yang Dipertuan Agung)

Akhirnya Tahniah kepada Maahad Hamidiah Kajang kerana hari ini 3/10/11 sekolah tersebut di isytiharkan sebagai  SEKOLAH KLUSTER .

Assalamualaikum.
Sebarkan salam dan semarakan amal.

3 comments:

azieazah said...

Wahhh hebat tu, sekolah agama pun dah layak dapat taraf sekolah Kluster. Bukan senang tau. Cabaran nak pertahankan graf prestasi tu yang susah...

Apapun tahniah!

mamawana said...

Seronok tengok anak2 berjaya. Tahniah.

Lin said...

Tahniah buat Fatimah Ulfa....