Friday, September 30, 2011

LANGKAH....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Daripada Abi Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya "Janganlah saling mendengki, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu disini (Baginda menunjuk  dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama muslim  adalah haram bagi muslim yang lain"
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Ada masa saya ke Jalan Tuanku A Rahman. Di sini ada empat kedai buku .Seronokkan bersiar-siar di kedai buku... Saya ke Kedai buku Mukmim berhampiran Sogo. Ya Allah, buku-buku terlampau banyak! Buku-buku tu di susun hingga 'mencecah langit' kedai! Saya begitu teruja...tapi nak membeleknya kena beritahu kepada si penjual...Buku-buku agama mendapat tempat utama di sini (tengok nama kedai pun tau...) Kalau di MPH kita bolehlah baca sambil duduk-duduk di kerusi yang ada.. Di sini boleh baca sepintas lalu sahaja. Laluan hanya selorong. Bolehlah baca tapi taklah sampai berjam-jam .

Saya terdengar seseorang meminta buku berkenaan sembahyang taubat....
Nampak beliau menekuni...tiba-tiba "Ini niat sembayang taubat?"..."Bila masa nak buat" ..."Yang saya tau kena tidur dulu baru buat?...Saya ni nak pergi haji tahun depan., saya baru bersara, kalau jalan dengan anak tak dapat nak ke sini", ..bla..bla....
Heh , saya harus berhati-hati memberi jawapan...saya jawab sekadar yang saya tahu...

Beliau diberikan dua buku sembahyang sunat.
"Oh  yang ini lebih lengkap.." Ketika dia nak membayar, saya sempat memberitahu bacalah buku travelong Haji karya Prof Kamil Ibrahim..Beliau minta saya mencatatkan nama buku tu. Sebenarnya banyak sangat buku-buku panduan haji tu. Penjual mencelah : sini ada jual..." Beliau berkata" tapi saya nak pergi haji tahun depan!"" berapa ringgit?"

Beliau pun berlalu...kenapalah saya tidak menghadiahkan sahaja buku tersebut kepada beliau.

Kemudian....
Sambil lalu, saya terlihat kain ela yang dipakaikan di patung yang kelihatan cantik sangat di mata saya. Ada dua jejaka dari Malaysia Timur sedang memborong kain tersebut."Berapa?" Saya meminta jurujual menggayakan kain tersebut dan  setelah berpuas hati saya membelinya dengan harga borong seperti jejaka tadi. Jurujual berdoa semoga rezekinya murah. Heh, lepas tu datang lagi tiga wanita memilih kain yang sama....( tu lah kain fesyen baru!)

Kemudian.
Biasalah di Jalan TAR ni banyak peminta sedekah/ peminta macam-macam.
Tergerak hati saya nak memberi sedikit kepada peminta....."Puan cikgu ke? (rasanya ayat bodek ni....)
Saya pun hulurkan....." he risalah ni satu RM 10!(padahal risalah tu copy je..semuka..kisah rumah so...)
Tapi saya nak bagi sebanyak tu je....
Saya teringat buku Dr Ridwan Bakar yang saya baca di LRT tadi, beliau di marahi oleh peminta sedekah kerana memberi sedikit...."berapa?" peminta berkata "fikir sendiri...."

Kemudian,
Sambil penunggu LRT tiba, saya terlihat seseorang berjubah, bertasbih dan bersongok hitam. Gayanya berbeza. Beliau terus bercakap dan bercakap....saya memberanikan diri menghampirinya.... Tertulis bla..bla
(boleh bagi derma kalau nak...)
Beliau macam bersyarah "Apa hukum buat amal jariah? Aku ni sakit mata....bla, bla, bla..syarahan tanpa henti. seninggalah LRT menghampiri saya.

Kemudian,
Saya menaiki LRT. Sambil duduk dan membaca buku yang saya bawa dari rumah'Rinduku kepada Baitullah' karya Dr Ridwan Bakar.. Buku ni bagus untuk para jemaah yang nak ke Mekah....
dan akhirnya tamat membaca buku ini di hentian Sg Besi.

Kemudian,
Saya meneruskan perjalanan terus ke Lestari Perdana.

Assalammulaikum
Sebarkan salam dan semarakkan amal






2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

rugi besar yerrr
tak hadiahkan buku tu pada perempuan yg hendak ke Makkah tahun hadapan tu..

Wassalam

azieazah said...

Membaca memang tak rugi langsung. Saya pun kalu travel jauh skit, mesti nak bawa buku.

Orang yg meminta derma, tapi sebut nilai yg dipinta... hmmm macam tak ikhlas jer?