Sunday, September 18, 2011

BUKU 'MALAYSIA'

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Abu Hurairah ra berkata Rasullulah bersabda yang maksudnya" Setiap sendi tubuh manusia wajib mengeluarkan sedekah, setiap hari di mana matahari terbit padanya,engkau berlaku adil terhadap dua orang(yang bertelingkah) adalah sedekah, menolong seseorang pada kenderannnya lalu engkau membantunya untuk naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang2nya ka atas adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika berjalan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan daripada jalan adalah sedekah"(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Buku ini saya beli  sempena bulan kemerdekaan. Sangat menarik , penuh dengan gambar. Sesuailah dengan tajuk 'Malaysia A pictorial History  1400 - 2004'
Di dalamnya ada 1200 gambar terpilih yang digambarkan oleh pelukis dan jurugambar. Tahun2 awal  dari imiginasi pelukis barat. Gambar terbitan awal abad 19 pun ada.

Sebahagian gambar dari koleksi Arkib Negara( hehe saya bekerja di sini dulu )
Lain daripada The New Straits  , Muzuim Eropah dan koleksi pribadi orang perseorangan.
Buku ini ditulis oleh Wndy Khadijah Moore

 Isi kandungan;
Through the looking glass
The malay world 1400- 1849
Changing times 1850 - 1895
Colonial Jewel  1896 -1914
The Turbulent years 1915 - 1945
Road to Nationhood 1946 -1969
A new identity 1970 2004

Harga RM 99 (saya beli tolak 25%!)
Boleh di dapati di MPH, Popular.
Memang berbaloi!

Sekian.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al Quran
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.
YA ALLAH BERILAH KEBAIKKAN HARI INI  DAN JAUHKANLAH KEBURUKKAN HARI INI. Amin.

2 comments:

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info.

Jarang dah kita lihat budak-budak muda nak cari bahan ilmiah berkaitan kemerdekaan, kan?

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

teringat belajar tawarikh

Wassalam