Thursday, August 4, 2011

JANDA BERHIAS, EH JANDA BAIK!

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

Abdullah bin Harits ra meriwayatkan maksudnya"Saya tidakpernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada  Rasulullah"(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)
 Dua tiga hari sebelum ramadan datang, saya dan beberapa kenalan FB telah mengunjungi tempat ini. Suria Hill terletak di Janda Baik, Pahang. Resort ini berupa rumah tetamu kepunyaan Dato Khaild Husin.(Kalau tak silap) Kami sebenarnya satu sekolah tapi saya dan Sdr Zaid sahaja murid tertua.

 Tempat ini agak terpencil, suasananya aman sekali. Walaupun jauh 'di pendalaman' tapi tempat ini penuh dengan resort, homestay, kem latihan dll.
Saya diberitahu kediaman di sini ada yang mencecah RM 7,000 semalam. Kalau hujung minggu  kediaman-kediaman di sini penuh! Kena booking awal...

Sewaktu saya meninjau-ninjau kawasan sekitar, saya terlihat sebuah kawasan  rumah tertulis ' Janda Berhias' . Saya rasa rumah itu' homestay', saja buat  gimik kot..

Janda Baik ni taklah jauh  sangat dari kota raya Kuala Lumpur. Dari Genting Sempah adalah setengah jam nak sampai ke situ.
Tenguklah adik-adik ni bergaya. Bukan main lagi....(Maaf Puan Sharimah Ahmad, ini gambar koleksi Pn..)
Pusing-pusing. Ni di SAHABAT ALAM. 
Air, batu-batu memang sinonim dengan Janda Baik.
Hehe pagi-pagi buka gate sendiri...
Sebahagian yang hadir Kami orang RENGIT!
Air, batu-batu di SURIA HILL 
Sebelah Sahabat alam ialah Kem UMNO.
Dihadapan Suria Hill, cantik tapi macam dah lama ditinggalkan....
Bagi yang tak nak duduk di resort, khemah pun ada untuk disewa.(Ini  lain pengurusan)

Itulah keindahan alam ciptaan Allah. Hargailah dan besyukurlah.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin mengembara ke kota London, resort ini juga ada cawangan di sana.
Di atas nama 'The Royal Cambridge' bertempat di 124-126 sussex Gardens, Hyde Park, London.
442078730000 Tel
Jom Atuk, Ayah Zain, Afeez, Sinomosa, CM, CL, CR, Azlina, Kak Zakie, Che Mid dll kita serbu ke sana....

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum mama ju,

Mama kita pergi Hari Raya mesti best kan. Hahaha.... baru puasa 5 hari dah sebut raya kakak nie.. Malulah dgn mama ju....

Nampak tempatnya nyaman sunguh...:)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

janda baik nie selalu kne gempa bumi minor kan ....dugaan ALLAH SWT