Friday, August 12, 2011

BALIK KAMPUNG

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
 Alhamdulillah  hajat nak balik kampung tercapai juga. Seronokkan kalau selalu balik kampung?
Bukan jauh sangat KL dengan Rengit.....

 Tenguk tu Sungai Rengit siap ada wakaf di atas jambatan. Nampak bersih je..
Ini di sebelah sungai Rengit. Cantikkan?

Ini sebahagian hadapan rumah kampung saya. Emak suka tanam pokok bunga. Pokok ni mak ambil dari rumah saya, nama pokok ni lidah kucing Tak sangka jadi besar macam ni.
Rumah saya dengan Pekan Rengit berjarak dalam lima kilometer, hehe tapi hari-hari ronda kat sini, kadang-kadang  dua kali sehari . Bulan Ramadan Bazaar nilah yang kerap saya kunjungi.Macam-macam ada....
Saya juga berkunjung ke 'Happy Pet Shop' yang terletak di sebelah masjid Rengit.
Saya suka tenguk ayam api-api atau mutiara, nampak cantik ada iras-iras kasawari kecil.
Cantiknya kalau saya beli dan biarkan ia berkeliaran di wakaf hadapan rumah saya....
Tapi mak kata ayam ni baunya hapak..!
Ayam ni yang besar berharga RM 60, yang sedang RM 25. Ayam serama juga ada dijual RM 25 juga.
Saya juga ambil peluang belajar buat laksam Kelantan. dengan tuan punya kedai
Gear Box Klasik. Sebenarnya saya dah buat laksam citarasa sendiri tapi kurang jadi.....nampak senang je dia buat....1 kilo tepung beras, 1 jag besar air, garam, tu je. tuang atas acuan/dulang. Kukus lima minit.  Lepas tu gulung.Dah siap!
Say juga gembira kerana adik ipar saya Sdr Supian datang berziarah. Dapatlah  dia bermesra dengan ayah...
Ini 'oven' ciptaan arwah bapa saya. Biasanya pisang yang tidak terjual/murah  akan  dibelah-belah dan
dikeringkan di sini. menggunakan gas. Dalam tiga hari jadilah pisang salai.
Ini pisang salai yang mak buat. Rasanya sedap !

Saya suka berada di kampung. Harap-harap boleh balik selalu.

Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al quran.
Jadilah orang yang memberi manafaat kepada orang lain.

8 comments:

rezeki said...

salam mama ju

lama tak makan pisang salai

dulu selalu juga kalau singgah pekan air hitam beli pisang salai, sekarang dah masuk highway terus je, malas nak menyinggah hehehe

NGINAP SRENGENGE said...

salam mama ju,

teruja saya pisang salai tu.......dulu emak saya pun pernah buatnya tapi tak guna gas,guna api dapor.

Ayah Zain said...

salam MJ (mamaju)

MJ ada kat rengit ke ni. marilah jalan2 ayer baloi. (apa aa kat ayer Baloi? Hape pun x ada heheh). Pekan Rengit tu kira bandar sebab ada bank, ada macam2 kan.Rindu nak ke Rengit lah pulak

rosli said...

Mama Ju,

Rengit makin cantik, seingat saya pernah ke sini puluhan tahun dulu

rosli said...

Mama ju,

Sori tersilap taip bukan puluhan tahun lalu....itu kota tinggi...actually beberapa tahun lalu, kalau tak silap last saya melepasi Rengit tahun 2006

Miss Mirror a.k.a Sam said...

As salam Mama Ju

Org rengit rupanya Mama Ju ni.. oo I see.. kirim salam dgn ikan2 di Pantai Punggor tu ya ;D

afeezz said...

asslamualaikum mama ju : macam sedap jer pisang salai tuh....

azieazah said...

Pisang salai tu sebenarnya makanan saya masa kecik. Mak saya selalu buat, dan kami adik beradik sampai dah muak nak makan.

Maklum, dok kampung, pokok pisang keliling rumah.

Bila tengok pic tu, teringat masa kecik2 dulu. Bestnya balik kampung!


Ramadhan: Ucapan dan Kad Raya...