Thursday, August 25, 2011

AYAH MERTUA ( BAB DUA)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Abu Shalih meriwatkan bahawa ia pernah bertanya kepada Aisyah  dan Ummu Salamah maksudnya "
Amal perbuatan apa yang paling disukai oleh Rasulullah saw?" Mereka menjawab " Amal perbuatan yang dilakukan secara konsisten, meskipun sedikit"
(Riwayat Tirmizi)


Ini Ustaz Yusopp bin Abdullah. Beliaul guru pertama mengajar di  Sekolah Agama Amir Indera Putera, Kelantan. Ketika itu sekolah baru dibina dan bertaraf pondok. Beliau diminta mengajar oleh Tok Guru Awang Noh sebaik saja beliau tamat belajar di pondok Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan.

Itu adalah cerita silam...Alhamdulillah beliau masih bertenaga  untuk ke mana-mana  walaupun agak lemah.Beliau suka
melipat selimut. Kadangkala selimut tu dilipat-lipat dan akhirnya jadi 'semutar'!( Tenguk kat bawah tu....)
Hari ni tiba-tiba sahaja beliau nak membaca Al Quran.(selalu nya beliau  menghafal saja..)
Beliau cuba membaca......
Dalam suasana terang ditambah dengan lampu suluh. beliau membaca .....
(lampu suluh tu nak bagi beliau konfiden membaca...)
Hari ini beliau dikunjungi cucu. Puas beliau memegang sana sini. " Besar dia ni....kita kecik"katanya dalam tak berapa sedar tu..
Tiba-tiba beliau bangun dan terus membaca satu ayat Marhaban yang maksud lebihkurang ' Benarlah Adnan itu nasab nabi.."(terjemahan  kata dari suami)
Selalunya tidur siangnya panjang dan lena. Malam dia berbaring, pejam mata tapi  mulutnya sentiasa kumat kumit membaca ayat-ayat alQuran diselangselikan dengan doa .Hehe masa malam ni kadangkala kita terleka, tidur. Beliau berjalan....Satu malam , bila suami terjaga terlihat beliau sudah selesai mandi di bilik air di dapur! Bilik air tu agak jauh, beliau melalui ruang rehat, ruang makan dan dapur. Mandi pulak dengan air sejuk malam-malam buta!

Ya Allah ampunkanlah  dosa beliau dan juga kami..Amin.

Assalamualaikum
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta al quran
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.Amin.

3 comments:

ainhany said...

salam ramadan mamaju,

alhamdulilah..
tuan hj ustaz yusop nertuah kerana dikelilinga sanak2 cucu yang menyayanginya. Brrtuahnya ayahanda mama ni..masa mudanya penuh agama didada..

Mampukah kita memnghabiskan usia tua sepertinya sedangkan kini kita masih leka..(ingatan bua diri ain yang jahil lagi kurang)

Terima kasih dan selamat mengip pahalamemelihara ayhda mertua.

sahromnasrudin said...

Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdri.. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

The Cendol Champion said...

umur berapa ni ayah Mertua?alhamdullilah masih diberi kesihatan yang baik...