Tuesday, June 7, 2011

NABIL TUNJUK LANGIT !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Aisyah ra meriwayatkan maksudnya "Rasullah saw bersabda. Kami tdak meninggalkan harta warisan. Apa yang kami tinggalkan (setelah kami wafat) merupakan sedekah."
(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

Satu hari, NABIL minta izin mendaki gunung. Gunung tu GUNUNG BUNGA BUAH. Saya benarkan dengan syarat dia solat zohor di atas sana.
Gunung tu adalah tempat latihan pendaki-pendaki di kawasan lembah kelang. Boleh bermalam di sana
Ia  setinggi 4690 kaki.
Gambar tu diambil oleh Nabil dari puncak. Subhanallah...
Pendakian bermula dari kawasan Genting Highland.
Ada dua pintu yang boleh dilalui. Satu dari belakang Hotel Sri Malaysia. Kedua dari bulatan besar selepas pondok polis ke jalan genting Highland. Hati-hati kedua-duanya tanah persendirian.



Laluan berbatu bekas jalan kuari. Tepi laluan kuari tu ada satu trek hutan. Pendaki hanya perlu menyusur sepanjang trek  sampai ke puncak.
Akhirnya Nabil sampai ke puncak setelah 4 jam  berjalan! 
Pemandangan GUNUNG BUNGA BUAH dari jauh. (Ambil dari google..)

Alhamdulillah.

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama : kat maner gunung ni??

afeezz said...

owh... genting highland. tak pernah dengar pon nama gunung ni....

CekWa said...

cantik pemandangan di sini!