Wednesday, May 11, 2011

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR DI HATI ALIF FARHAN .....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Dari Ibnu Mas'ud Rasulluh bersabda yang maksudnya " Siapa yang membaca sepuluh ayat ayat surah Al Baqarah di awal siang necaya ia tidak didekati syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya,"
(Riwayat Al Darami dan Baihaqi)

Isnin 10 mei, kami bersama-sama keluarga Alif Farhan menuju ke Kolej Universiti Islam Selangor. Alif akan mendaftar di sini. Alif anak kepada adik saya cikgu Siti Rodziah.
Mula-mula masuk ke sini ...kami terpegun dengan kecantikkan langskap dan rekaan bangunannya.

Masjid berada di tengah-tengah.

Lepas terpesona dengan keindahan di situ, kami rasa terharu  dengan layanan pengawal...Ya Allah berkhemah betul. Kami meletakkan kereta di parkir tapi beliau mencadangkan kami parkir di tempat yang lebih dekat, lebih teduh dan bla,bla....
Kami pun berkereta melintasi padang rumput dan  parkir di tempat yang lebih dekat dengan pendaftaran.

Papantanda pertama yang saya jumpa.

Puas beliau tunjuk ke sana sini....Terimakasih.

Cantikkan...ala-ala Arab.

Selepas Alif mendaftar, kami makan-makan di sini..bersebelahan dengan tasik. Nampak komuter  lalu.

Banner tertulis...couple haram.....ini tempat makan bagi siswa lelaki.

Adik Alif, Imran Naufal bergaya di deretan pohon bambu.


Lorong pejalanan kaki ala-ala Arab.

Alif di bilik asrama. Kadar bayarannya RM 5 sehari bagi  bilik 3 katil. RM 12 untuk  bilik seorang.

Moga  Alif  selesa di KUIS. Selamat belajar.

ASSALAMUALAIKUM.
SEBARKAN SALAM DAN SEMARAKKAN AMAL.
JADILAH PENCINTA ALQURAN.

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Oh... inilah yg anak kakak katakan. Kakak tak tahu ada kolej ini.

Zon tutup aurat kalau sekolah agama mana-mana memang ada. Sayangnya dilain-lain tempat macam boleh tak apa boleh dedah. Kena fikir-fikirkanlah....

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

tahniah untuk Alif

Wassalam

razijohari said...

Salam...

Tahniah Alif Farhan Bin Abd Kadir...moga terus berjaya!!!!

KAYA DAN BERJAYA...kata Dr Azizan Osman!!!!!

azlina 2 said...

assalamualaikum mama ju..
alhamdulilah taniah buat alif dan selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar kolej ..
semug allah permudahkan segalanya..

Unknown said...

assalamualaikum kak Ju...

seronok baca berita anak2 masuk KUIS ..Alhamdulillah..tahniah Alif .

anak bujang ummi aritu pun dpt juga tawaran kesana tp dia pilih untuk ke DQ...

Che Mid said...

Salam mama, tahniah buat Alif. Semoga keluarnya nanti akan menjadi pemimpin yang baik dan bermanafaat untuk negara dan agama

razijohari said...

Salam Alif...

Tahniah. Moga dirahmatiNya selalu!!!!

Student UIN said...

Tahniah Buat Alif.

Semoga bakal menjadi mepimpin yg hebat akan datang.

Sama-sama kita doakan yang terbaik :)