Monday, April 18, 2011

TERIMAKASIH ANAK-ANAKKU DAN SUAMI

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
 Terimakasih banyak-banyak kepada suami dan anak-anak atas ingatan hari lahir . Saya sungguh terharu...
Juga kepada saudara mara dan sahabat-sahabat maya .
Sempat mereka lari ke Alamanda untuk ke Secret Recipe. Mereka suka ke situ, makanan di situ ada sijil halal Jakim..
Sebenarnya saya nak buat sendiri kek keju ,,tapi  anak-anak nak beli...(mereka share., korek duit tabung agaknya...)
Saya menyediakan makaroni  & keju. Pertama kali buat. Gambar tu  belum di grill lagi. Rasanya sedap. Ambil resepi dari buku Rahsia Dapur- Norzalina Nordin.

Assalammualaikum

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

azieazah said...

Salam MAMA JU..
wah seronoknya meraikan hari istimewa bersama keluarga...

pastu masak pula untuk dikongsi anak beranak.

Berbahagia dengan cara masing-masing.

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : sedap kek tuh. blueberry cheese cake kan? pebret sy gak tuh.. hehehe

mohdandmeriam said...

Aslmlkm ju..seronok sangat kalau hari2 istimewa diingati dan dirai oleh anak2..bertuah ju..

rezeki said...

salam

moga kebahagian berkekalan dunia dan akhirat buat mama ju sekeluarga

Che Mid said...

Alhamdulillah Allah panjangkan umur mama Ju. semoga terus bahagia dibawah lindungan Allah swt. Saya seronok sangat dapat berkawan dengan mama walau tak pernah bersua muka, namun rasa dekat di hati..