Tuesday, April 26, 2011

ALAHAI PASAR MALAM......

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Ibnu Abbas ra meriwayatkan maksudnya" Pada suatu hari, Rasulullah saw keluar dari tempat buang hajat. Lalu beliau disuguhi makanan.Kemudian beliau ditanya,'Tidakkah engkau merasa perlu untuk berwudhu?"Rasulullah menjawab, "Jika aku hendak shalat, maka aku akan berwudhu"
(riwayat Tirmizi, Muslim dan Nasa')

Salman ra meriwayatkan maksudnya "Aku membaca pernyataan berikut di dalam kitab Taurat, Sungguh, berkah makanan itu diperolehi dengan berwudhu setelahnya.Maka aku menyebutkan apa yang telah kubaca kepada Rasulullah. Beliau berkata" Berkah makanan itu diperolehi dengan berwudhu sebelum dan sesudahnya"
(Riwayat Tirmizi, Abu Dawud, Hakim, Ahmad,Abu Dawud dan Baghawi)

Satu hari saya teringin ke pasar malam.......
Maka saya pun ke pasar berdekatan rumah.....

Saya teringin nak cuba murtabak....
Saya perhati....telur ayam masih di'sarang'. Saya rasa telur ini tidak dibasuh dahulu sebelum digunakan.
Saya teringat rencana di Al Islam.....najis ayam di merata-rata tempat.....
Saya pun berlalu....

Saya berlalu ke gerai lain..
Saya teringin nak makan apam balik...
Dik, apam balik satu..
Saya perhati ada 4,5 alat pembuat apam balik...nampak bersih.
Tiba-tiba saya terkejut...apam balik yang dah siap tu diletakkan di atas 'sarang' telur!
Saya teringat sarang yang penuh dengan telur-telur yang tidak dibasuh...
Dik, cancel ya...

Saya pun berlalu..
Aduhai pasar malam...
Jangan marah ya....
Terimakasih banyak-banyak anakanda Azrin yang mengajak mama ke Pesta Buku PWTC.

ASSALAMUALAIKUM
SEBARKAN SALAM DAN SEMARAKKAN AMAL.

7 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

sepatutnya peniaga2 pasar malam tu deberi tazkirah..

Wassalam

Ummi Humaira said...

assalamualaikum kak Ju...

per khabar? nanti pergi tak majlis walimah anak datin Lina?

ummi dah lama tak menjenguk ke pasar malam...

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : pasar malam.. ermmm makanan mmg sedap2 tp bab kebersihan tu susah nak cakap

ainhany said...

Salam mamaju,

nie kena ada ilmu nie..nak cari untung dunia ahirat ke'bersihan dan kesucian" perlu diambil peduli dan pengguna pun kena ada ilmu membeli dan mmbuat pilihan. Alaa mcm mama cakp tu..sama2 kita manjadikan sempadan..muga iman dan aml kita tak dipalit degn syubhat..nauzubillah.

p/s: ooo mamaju dah pi pestabuku tak ajak ceq nooo...huhu

azieazah said...

Betullah, memang ada peniaga gerai yang ambil mudah jer bab kebersihan bila berjualan.

Biasanya saya kalu sudah yakin dan selesa dgn seseorang peniaga, memang beli dari dia jer..


*Pesta Buku? saya bertugas di booth CESB (jual komik Gila-Gila) hehehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Salam Mama Ju..

Thanks link blog MISS MIRROR di blog ini;)
Sbg menghargai, MM pun dah link blog Mama di : http://villaofhoney.blogspot.com
(Miss Mirror's Second Bloglist)

Tentang apam balik tu? Alahai.. tak tau nk ckp apa dgn insan2 spt ini. Sedangkan roti canai telur pun saya dah was2 nk beli sbb memikirkan telur yg tak berbasuh..ini kan pula..

CekWa said...

hilang selera bila tengok mcm tu kan!