Wednesday, March 23, 2011

CARA MEMPERTINGKATKAN IMAN MENURUT PROF MADYA KAMIL MAJID

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

PERTAMA
Melakukan sembahyang sunat rawatib 12 rakaat
2 rakaat sebelum  sembahyang subuh
4 rakaat sebelum sembahyang zuhur
2 rakaat selepas sembahyang zuhur.
2 rakaat selepas  sembahyang magrib
2 rakaat selepas sembahyang isyak
Menurut keterangan hadis riwayat Muslim..sesiapa bersembahyang sunat 12 rakaat sehari semalam akan dibina sebuah rumah di syurga,

KEDUA
Sembahyang malam sekurang-kurangnya 2 rakaat. Ini memberikan kelebihan dimakbulkan doa.

KETIGA
Sembahyang sunat Dhuha samada 2 rakaat, 4 rakaat atau 8 rakaat.
Amalan ini memberi erti dan makna setiap sendi manusia bersedekah pada hari itu.
Dalam satu sabda Rasullullah saw bermaksud' Setiap tasbih itu sedekah( subhanallah), pujian itu sedekah(al hamdulillah), tahlil itu sedekah(laila ha illallah),Takbir itu sedekah(Allahu Akbar),amar makruf itu sedekah(menyuruh orang berbuat baik),nahi mungkar(melarang orang berbuat jahat) itu sedekah, dua rakaat sunat Dhuha itu sedekah.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

KEEMPAT
Boleh juga dijadikan amalan tetap harian membaca surah Al Mulk. Surah ini dapat memberi syafaat kepada mereka yang membacanya.

KELIMA
Hadis yang jelas menyuruh kita membaca La ilaha illa Allah wahdahu la sharikalah,Lahul mulk wa lahu al Hamd wahuwa 'ala kulli sha'in qadir sebanyak 100 kali sehari akan diampunkan dosa-dosa(riwayat Muslim)

KEENAM
Sentiasa berselawat ke atas junjungan Rasullah dimana sesiapa berselawat sekali, Allah berselawat 10 kali kepadanya(memberkati dan menurunkan rahmat)

KETUJUH
Bertasbih dengan Subhanallah al Azim, subhanallah wa bi hamdihi 100 kali sehari diberikan ganjaran tanaman pohon tamar di syurga.

KELAPAN
Beristiqfar sebanyak mungkin.

Ini semua merupakan amalan harian yang sepatutnya diamalkan untuk meningkatkan penghayatan islam.
Terdapat seruan agar kita membaca  dan memahami Al quran..Perbanyakkan doa.

Janganlah kita meremehkan perkara-perkara kebaikan yang dilakukan walaupun kecil mungkin ia bernilai besar di sisi Allah.
Janganlah meremehkan dosa yang kita buat walaupun kecil pada diri kita,mungkin ia besar pada sisi Allah swt.
Wallahua;lam.
(Dari Mingguan Msia 18 Mei 2008)

3 comments:

KAK WAN said...

Assalamualaikum, minta izin nak copy info ni..tq
wassalam

nat said...

Assalamualaikum

Mohon izin copy n paste ke dalam facebook.... untuk perkongsian bersama...

bibi sahana said...

mohon share