Saturday, March 12, 2011

5 RENCAH 5 RASA- SHERSON LIAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
DARI JABIR RA BAHAWA RASULLAH SAW BERSABDA YANG MAKSUDNYA
'Apabila iqamat untuk shalat diserukan, maka pintu-pintu langit terbuka dan doa dikabulkan'
(Kitab Taklim Hadis-hadis Pilihan- Pustaka Ramadan Bandung)

Ini adalah rancangan tv3 setiap Selasa jam 10 pagi.
Menarik ! Saya tak kenal chef muda ni..Sherson Lian...tapi persembahannya sangat menarik, bergaya dan nampak pro!

5 masakan menarik. dalam setiap rancangan.Bermula dengan menangkap ayam serama, ke pasar dan
mengolah masakan. Banyak info menarik. Pusat ayam serama yang dikunjungi di Paya Jaras menjual ayam ini dengan harga RM 450 hingga RM 10,000.( Ni bukan ayam untuk masak kot...) Ayam ini ada tarikh lahir!

Ayam serama digunakan untuk membuat pati ayam untuk chicken chop..
Saya tuliskan secara ringkas resepi beliau.

Bagi membuat pati ayam
Ayam, sayur (carot, saleri, bawang). air, tulang ayam.Renih ..

Chicken chop
Ayam, garam,lada hitam,sos, serbuk paprika, sedikit rosemary. Perap 2 jam.
Lumur ayam dengan tepung jagung,telur dan breadcrumb.
Goreng dengan minyak panas.Cucuk dengan lidi, kalau tembus maknanya ayam dah masak.

sos chicken chop
Butter, bawang besar,lada hitam (ketuk2)masuk sedikit tepung, pati ayam,cili sos,kicap, rosemary,garam
Apple crumble
Apple buang biji, kayu manis, gula 2/3 cawan., air. Masak hingga lembut.

Tepung gandum,butter, garam, serbuk kayu manis, gula perang. Gaul

Masuk apple, kismis, adunan tepung tadi.Bakar.

Mash Patato
Rebus kentang. Lenyek.
Masuk butter, susu, garam dan keju mozarella
Coleslaw

Hiris halus carot, kubis, saleri dan bawang. Simpan dalam peti ais.
Nak makan baru masukkan mayonis,lada hitam dan garam.
Ini chicken chop

Apple crumble

Akhir sekali apple juice.
Blend apple, saleri dan limau.
Taraaa...
ASSALAMUALAIKUM
SEBARKAN SALAM.

5 comments:

afeezz said...

assalamualaikum : ermm.... nak rasalah apple crumble tuh..

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

nak rasa chicken chop mama buat...
he he

Wassalam

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum mama ju,

Kakak pernah tengok program ini. meamng pantas dia masak. Masa tu siap tunjuk dia pergi kedai beli bahan utk mask lagi.

Che Mid said...

kita nak gak tengok tapi asyik terlepas je..

Anonymous said...

sebelum nie saya pernah tgk rancangan nie..
rancangan 5rencah 5rasa, setiap selasa,pkul 9.30pg,di tv2...