Saturday, January 1, 2011

KEK KEJU DI TAHUN BARU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah ra nabi Mohamad saw bersabda yang maksudnya"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama yakni seratus kurang satu. Tidaklah seorang MENGHAFALNYA melainkan ia masuk SYURGA..Dialah ganjil suka kepada yang ganjil"

Mulanya diucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Moga hari-hari mendatang menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.

Pagi ni sunyi je. Saya memulakan tahun baru dengan membuat kek keju.
Anak-anak suka kek ini. Terimakasih kepada Suraya Yusof Denmark kerana mengenalkan saya dengan kek ini. Su sangat rajin memasak. Tenguklah blog beliau http://suejoshua.blogspot.com/


Gambar kek ni tak berapa cantik. Lapisan bawah tu nampak kurang rata.

KEK KEJU

10 keping biskut digestive/biskut marie
40 gm mentega cair
250 g cream cheese
200 ml fresh cream
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
90 g gula
2 telur

Panaskan oven 170'
Hancurkan biskut.Masukkan mentega cair dalam loyang. letak biskut, tekan hingga padat.
Masukkan cream cheese, fresh cream, jus lemon, tepung gandum dalam mixer. Pukul hingga jadi cream.
Tuang dalam loyang tadi. Saya campurkan sedikit jem blackbery . Tutup loyang dengan almunium..
Bakar 40 minit.
Sejukkan.

Rasanya sangatlah sedap!. Hehe kalau di Secret Resepi mau RM 65.00!

Selamat mencuba.....

7 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

mintak sikit boleh..
he he

Wassalam

Azlita Aziz said...

assalamualaikum... salam ukhwah...
mama ita dtg ni sedapnyer kek keju.... ita follow mama dan link sekali ye...

Sue Suraya said...

Terima kasih kerana sudi mencuba resepi dari Sue. Mama maybe lapisan bawah kek keju tu kurang padat dan kena tekan hingga betul2 padat, apapun Sue pasti rasanya tetap sedap tu :D

CekWa said...

sedapnya kek keju, slmat tahun baru ya

Azima said...

Salam Mama,

Rupa tak penting,yg pasti rasanya sure besttt..

Lagi best kalau saya dpt merasa...nyummmmm

Wsalam

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..pos la kat cini cikit heheheh

afeezz said...

salam mama : pernah tgk cara membuat cheese kek ni kat tv. simple sgtkan... bile mama nak wat tuk sy plak?