Monday, December 20, 2010

WAITER!, I'M COMING........

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ini wajah tiga anak saya.
Sekonyong-konyongnya mereka hendak mencari pengalaman bekerja di syarikat pengurusan makanan.

Syarikat ini berskala besar. Mereka di tempatkan di asrama yang besar.Mereka terlibat dalam mengendalikan majlis perkahwinan. Mereka di bahagikan kepada tiga kumpulan.(Anak saya membawa tujuh rakan!) Tiap kumpulan dengan 20 pekerja.
Ini pengalaman baru buat mereka. Baru mereka tahu penat lelah
bekerja. Tapi mereka tu nampak enjoy je...Kuih hadiah tu sedap sangat....Al Mathurat dan Yassin pun dibekalkan kepada semua.

Tahniah kerana berani mencuba....
Hehe esok Nabil ke Genting Highland pulak. Hati-hati..
( SESIAPA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT PEKERJA AMATUR SILA BERHUBUNG DENGAN MOHD NABIL 010 894131 TERIMAKASIH)

6 comments:

kak su said...

Assalammualaikum mama Ju

Alhamdulillah mereka dah berani dan mahu mengorak langkah cari rezeki...anak saya yg kedua tuu pun dah tak sabar nak cari part time job...

Wslm.

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

tahniah kpd anak2 mama, dah belajar berdikari
nanti dapat gaji jangan beli handphone dah ler...
he he

Wassalam

Anonymous said...

salam ju..tahniah kepada anak2 ju kerana rajin n ingin mencuba bagaimana susah n penatnya mencari wang..baru mereka tahu betapa susahnya..kalau tak asyik minta je..bukan kpd anak2 ju saja ,anak2 makcik pun sama..

Kakzakie Purvit said...

Salam mamam ju,

Hebatnya anak-anak mama ju. Bangga kakak sebagai anak Melayu yg tak mahu goyang kaki. Biar mereka belajar berdikari.

Oh... Nabil dah jadi agent ambil pekerja la ye... Tahniah buat anak-anak mama semua.

ainhany said...

Salam Mamaju,

sihat2 jua hendaknya mama dgn keceriaan family disisi..InsyaALLAH

Kagum ain, dengan cara mama mendedahkan anak2 dgn kerjaya..satu pengalaman yg menarik dan satu pengisian utk masa cuti mereka. Tahniah ..anak2 mama mgg hebat..tahan diuji dan bersemangat utk menghasilkan yg terbaik.

Selamat bertugas...:)

INUDIRIN said...

Moga semuanya ceria dan sihat serta diberkati Allah.